Kenapa Tun tak suka saya? -Soal KJ

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar bertanya kepada Tun Dr Mahathir Mohamad mengapa beliau tidak disukai oleh bekas Presiden Umno itu.

“Kenapa Tun tak suka saya?,” soal Khairy ringkas.

Dengan tenang dan bersahaja, Dr Mahathir yang juga bekas Perdana Menteri memberitahu bahawa beliau tidak menyukai Khairy hanya kerana beliau bertanding dengan anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

“Pasal awak bertanding dengan anak saya, ibu mertua awak berkempen untuk awak. Itu yang saya diberitahu,” kata Dr. Mahathir.

Beliau bagaimanapun meminta agar perkara itu tidak dibincang lebih panjang apabila Khairy turut menyangkal dakwaan mengaitkan ibu mertuanya itu.

Pada 25 Mac 2009, Khairy dipilih sebagai Ketua Pemuda Umno yang memperolehi 304 undi menewaskan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo dan ahli Parlimen Jerlun ketika itu, Datuk Mukhriz Mahathir.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat