Bila jadi PM, Anwar jadi lebih buruk daripada orang dia nak reform dulu – Tun M

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad mengkritik sikap dan tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disifatkannya sebagai tidak tetap pendirian malah menjadi lebih buruk apabila menjadi Perdana Menteri.

“Kalau kita lihat Datuk Seri Anwar apabila dia tidak jadi Perdana Menteri pendiriannya berbeza, itu nak revise, itu nak reform ini, bila jadi Perdana Menteri menjadi lebih buruk daripada orang yang dia nak reform dulu.

“Sekarang ini kalau menentang dia bagi amaran, kalau tuduh dia ada kaitan dengan Israel dia akan ambil tindakan.

“Kita tak tahu lah apa tindakan tapi kita lihat ada orang yang boleh 47 kes buang dan bebas, ada orang satu kes kena sebat 2 kali itu bezanya sedangkan dulu dia sangat liberal, kita mesti bebas,” kata bekas Perdana Menteri itu dalam podcast Keluar Sekejap yang dimuat naik pada Isnin.

Ditanya adakah dakwaan itu mempersoalkan keputusan mahkamah, Dr Mahathir menyatakan apa pun keputusan diputuskan mahkamah ia berlaku era Anwar menjadi Perdana Menteri.

“Keputusan mahkamah ka tak keputusan mahkamah hakikatnya dia berlaku di zaman Anwar.

“Saya yakin pada zaman lain tak berlaku.

“Dulu pun saya dapati orang yang curi 47 kes ada boleh lepas itu mahkamah la betul la keputusan Peguam Negara (AG).

“Jadi benda ini berlaku di zaman Anwar jadi seperti mana orang salahkan saya apa juga berlaku dalam negara masa saya jadi Perdana Menteri kita salahkan Anwar apa yang berlaku pada masa dia jadi Perdana Menteri.

“Kerana dia bercakap dulu lain, sekarang lain,”bidas beliau.

Justeru, Dr Mahathir menyatakan bahawa beliau konsisten dengan setiap pendiriannya.

“Saya konsisten dulu masa jadi Perdana Menteri, tak jadi Perdana Menteri pun pendirian sama, tak ada berbeza,” ujarnya.

Sementara itu, ditanya Anwar wujud sebagai orang politik sebab Dr Mahathir beliau menyatakan “ya lah pada masa itu saya nampak dia warak, baik jadi saya bagilah peluang kat dia”.

“Kemudian saya lihat dia bercakap dengan siapa pun sesuai dengan orang tu.

“Bila saya ambil dia masuk dalam Umno pada masa itu dia dilihat sebagai orang yang kuat pegangan agama dan kita harap dia dapat suntik dia punya ilmu itu dalam Umno supaya Umno juga nampak berpegang kuat kepada agama.

“Tetapi apabila dia masuk dalam bidang lain dah jadi Perdana Menteri benda yang kita harap dia akan urus berlaku yang sebaliknya tak seperti dijanji,” jelas beliau menggambarkan perwatakan Presiden PKR itu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat