Mahathir akui gunakan DAP untuk jatuhkan Najib

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui perjuangan beliau untuk menyingkirkan Datuk Seri Najib Razak berjaya atas ‘bantuan’ daripada DAP.

Jelas beliau, tanpa majoriti daripada DAP maknanya Najib akan terus menjadi Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum 2018.

“Kita tentukan matlamat, kita nak capai sesuatu matlamat.

“Jadi, apabila kita berjuang “the enemy of your enemy is your friend”. Kita nak guna DAP umpamanya nak dapatkan majoriti.

“Kalau saya tak guna DAP, kita tak akan dapat majoriti dan Najib akan terus jadi Perdana Menteri,” ujar beliau dalam podcast Keluar Sekejap yang dimuat naik pada Isnin.

Ketika itu Dr Mahathir membuat pertimbangan antara Najib dengan DAP yang mana satu perlu disingkirkan dan lawan?

“Sebab itu saya nak guna DAP, saya sedar DAP juga nak guna saya.

“Sebab DAP juga mempunyai matlamat yang sama nak jatuhkan Najib, kita guna itu,” tegas Dr Mahathir.

Beliau menyatakan, kalau kita tak tahu strategi kita tak boleh berjaya.

“Sekarang ini kita ada masalah dan saya dapati bahawa tidak ada pilihan lain melainkan bekerjasama dengan PAS, saya bekerjasama, matlamat mereka juga sama

“Memang kita nak capai sesuatu kita kena lakukan strategi ini, kalau kita terikat ikatan lama kita tak akan berjaya,” katanya.

Ditanya adakah beliau selalu tukar matlamat, Dr Mahathir menafikannya.

“Tak betul, matlamat saya satu saja saya nak berjuang untuk kebaikan orang Melayu.

“Apa juga yang perlu dilakukan saya akan buat,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat