RM400 juta selenggara 28,808 RKAT di 48 buah kem di seluruh Malaysia

- Advertisement -

Oleh: Zihan Zari

KUALA KUBU BHARU – Kementerian Pertahanan (MinDef) sentiasa cakna memperkasa dan memelihara kebajikan serta kemaslahatan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Malah MinDef menitikberatkan kesejahteraan warganya agar sentiasa terpelihara dan memiliki moral yang tinggi dengan kualiti hidup yang sejahtera.

Demikian menerusi kenyataan MinDef sempena lawatan kerja Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ke Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) Taman Seruling pada Isnin.

Dalam kenyataan itu, Mohamed Khaled meninjau secara lebih dekat keadaan persekitaran perumahan dan kondisi RKAT Taman Seruling termasuk rumah yang berpenghuni dan kediaman kosong kerana rosak.

Beliau telah diberikan taklimat berkaitan status selenggara RKAT Taman Seruling oleh Pegawai Memerintah 94 Unit Perkhidmatan Kejuruteraan Angkatan Tentera (94 UPKAT), Kolonel Nik Amir Nik Ya’acob.

“Keseluruhan selenggara melibatkan 245 buah unit merangkumi 11 unit rumah pegawai, 28 unit rumah Pegawai Tidak Tauliah Kanan (PTTK) dan 206 unit rumah Pegawai Tidak Tauliah Rendah (PTTR),” katanya.

Katanya, hanya 73 buah rumah dalam keadaan baik untuk didiami, 60 buah rosak masih didiami, 59 buah rosak tidak sesuai didiami manakala 53 buah lagi telah diluluskan untuk dirobohkan.

Keseluruhan peruntukan selenggara RKAT yang disalurkan adalah sebanyak RM400 juta melibatkan 28,808 unit di 48 buah kem di seluruh Malaysia.

Dalam pada itu, Mohamed Khaled turut menghadiri majlis Ramah Mesra Aidilfitri bersama warga TD di Kem Erskine.

Beliau telah menyampaikan mock cheque berjumlah RM 596,283.00 peruntukan senggaraan RKAT dan Blok Penginapan Rejimen Semboyan Divisyen Ke-4 Infantri kepada Panglima 4 Divisyen, Mejar Jeneral Dato’ Ts. Reizal Arif Tan Sri Ismail.

Di majlis yang sama, seramai 19 orang pelajar Tahun 1 dari Kem Erskine telah menerima sumbangan Pendidikan Madani, inisiatif Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (YLTAT) sebanyak RM50.00 secara one-off ke dalam akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpanan SSPN Prime).

Keprihatinan YLTAT yang memandang serius urusan pendidikan anak-anak ATM memiliki akaun simpanan di PTPTN agar memudahkan urusan pendidikan tinggi mereka kelak.

Mohamed Khaled turut menyampaikan bantuan kebajikan sebanyak RM300 secara one-off daripada YLTAT kepada 10 orang penerima dari kalangan anggota atau waris yang menghidap penyakit kronik.

“Sumbangan ini mencerminkan keprihatinan kerajaan dalam usaha membantu meringankan beban warga TDM menjalani kehidupan seharian,” menurut kenyataan itu lagi.

Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha MinDef (Pembangunan), Dr. Mohd Bakhari Ismail dan Panglima Medan Barat Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato’ Pahlawan Hj. Muhammad Huzaimi Sabri – Suara.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat