Saham Melonjak, Selepas Pembohongan Anwar Terbongkar, Kata Azmin

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sekali lagi menarik perhatian apabila dilihat mengeluarkan kenyataan berbaur sinis terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu melalui laman Twitter sebentar tadi berkata, sebaik sahaja ‘pembohongan besar terdedah’ pasaran saham negara naik secara mendadak.

“Pasaran saham melonjak naik, selepas pembohongan besar terdedah dan kebenaran terungkap,” ciapnya sambil memuat naik tangkap layar pasaran saham di Bursa Saham Malaysia.

Terdahulu Ahli Parlimen Gombak itu dikatakan turut menyindir Anwar berhubung perjumpaan Presiden PKR bersama Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada jam 11.25 pagi tadi.

“Cikgu beritahu result subjek matematik – gagal. Baru habis kuliah matematik,” katanya.

Walaupun tidak menyebut sebarang nama, namun rata-rata mendakwa ciapan tersebut ditujukan kepada Anwar berkaitan jumlah sokongan diperoleh Ahli Parlimen Port Dickson itu.

Terdahulu Anwar mendakwa telah menyerahkan dokumen sahih berbentuk akuan bersumpah dan pengesahan dokumen ketua-ketua parti kepada Yang di-Pertuan Agong.

Bagaimanapun kenyataan Anwar itu disanggah oleh pihak Istana Negara dalam satu kenyataan yang mendedahkan Presiden PKR itu gagal menyenaraikan 120 ahli Parlimen yang menyokong beliau.

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat