350 Pesakit Covid-19 Pulih, 660 Kes Baru Termasuk 443 Jangkitan Di Sabah – KKM

TUDM Percepat Hantar Bantuan Petugas Kesihatan Ke Sabah

KUALA LUMPUR - Situasi 'cemas' di Sabah susulan kes Covid-19 yang terus meningkat menyebabkan ratusan petugas kesihatan dari Semenanjung Malaysia segera diterbangkan ke sana...

Ramai Petugas Kesihatan Dapat Jangkitan Covid Dalam Komuniti – Dr Noor Hisham

KUALA LUMPUR - Sebahagian besar petugas kesihatan mendapat jangkitan Covid-19 dalam komuniti dan bukannya ketika bertugas di wad Covid-19 atau Unit Rawatan Rapi (ICU). Ketua...

Isu Covid dan Darurat Perlu Keputusan Bijaksana, Rujuk Pakar – Abdul Hadi

KUALA LUMPUR - Dalam menangani isu pandemik COVID-19 dan soal pelaksanaan perintah darurat, ia perlu dirujuk kepada setiap pihak yang mempunyai kepakaran mengenai isu...

Tiada Apa Disembunyikan Berkaitan Pinjaman RM300 Juta SDB Kepada AirAsia – Shafie Apdal

PETALING JAYA - Bekas ketua menteri Sabah Shafie Apdal berkata tiada apa yang tersembunyi atau disembunyikan berhubung pinjaman RM300 juta Sabah Development Bank (SDB)...

Putera Sultan Brunei Kongsi Punca Kemangkatan Abang

KUALA LUMPUR ― Putera Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah, Pengiran Muda Abdul Mateen membuka mulut tentang punca kemangkatan kekandanya Sabtu lalu. Pengiran Muda Abdul Azim,...

KUALA LUMPUR – Sebanyak 660 kes baharu COVID-19 direkodkan pada Selasa, menjadikan jumlah kumulatif kes positif di negara ini sebanyak 16,880 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata daripada jumlah itu, dua adalah kes import manakala 658 kes lagi adalah penularan tempatan.

Katanya, bagi penularan tempatan, Sabah masih merekodkan jumlah kes harian tertinggi dengan 443 kes.

“Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 5,345 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

“Dua kes import yang telah mendapat jangkitan dari luar negara melibatkan dua bukan warganegara iaitu satu dari India yang dilaporkan di Labuan dan kes kedua adalah dari Nepal yang dilaporkan di Kuala Lumpur,” jelasnya.

Perincian kes penularan tempatan adalah seperti berikut;

• Sabah: 443 kes
– 162 kes adalah saringan kontak rapat kes positif COVID-19
– 38 kes daripada kluster-kluster aktif sedia ada
– 13 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Semarak
– 10 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Bina
– Empat kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Sabindo
– Dua kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Bestaridan
– 214 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

• Selangor: 76 kes
– 45 kes daripada kluster-kluster aktif sedia ada
– 16 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19
– Sembilan kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah)
– Lima kes saringan bergejala
– Satu kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Bah Kenangan.

• Kedah: 60 kes daripada Kluster Tembok (dalam penjara)

• Pulau Pinang: 23 kes
– 18 kes daripada Kuster Penjara Reman
– Tiga kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Penjara Jawi
– Dua kes saringan kendiri.

• Wilayah Persekutuan Labuan: 18 kes
– Sembilan kes saringan petugas kesihatan
– Enam kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah)
– Dua kes daripada kluster-kluster aktif sedia ada
– Satu kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19

• Perak: 16 kes daripada Kluster Tembok 

• Johor: 10 kes
– Lima kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19
– Empat kes daripada kluster-kluster aktif sedia ada
– Satu kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah)

• Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 9 kes
– Enam kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah)
– Dua kes daripada kluster-kluster aktif sedia ada
– Satu kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19

• Negeri Sembilan: Dua kes daripada kluster-kluster aktif sedia

• Pahang: Satu kes daripada Kluster Jalan Meru

Pada masa sama, Dr Noor Hisham turut memaklum terdapat 350 kes telah pulih sepenuhnya dan ini merupakan jumlah tertinggi direkodkan sejak permulaan pandemik di negara ini.

Justeru, katanya jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya daripada COVID-19 adalah 11,372 kes bersamaan 67.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Sehingga kini, terdapat 101 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 32 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu, beliau berkata, sebanyak empat kes kematian berkaitan COVID-19 direkodkan hari ini.

Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 163 kes bersamaan satu peratus daripada jumlah keseluruhan kes. – Awani

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Muhyiddin Pertimbang Letak Jawatan?

CYBERJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dilaporkan memanggil menteri kabinet ke rumahnya malam ini bagi membincangkan keputusan Yang Di-Pertuan Agong menolak cadangan kabinet...

Mesyuarat Kabinet Cadang Bubar, Gantung Parlimen?

CYBERJAYA— Mesyuarat Khas Kabinet yang berakhir sebentar tadi dikatakan akan mencadangkan pembubaran Dewan Rakyat dan 'Darurat Politik' kepada Yang Di Pertuan Agong bagi mengatasi...

Darurat Politik: Agong Belum Perkenan, Suruh PM Balik Dulu

CYBERJAYA -  Yang Di Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah belum memberi sebarang perkenan atas apa-apa cadangan Mesyuarat Khas Kabinet pagi tadi termasuk...

Berita Berkaitan

TUDM Percepat Hantar Bantuan Petugas Kesihatan Ke Sabah

KUALA LUMPUR - Situasi 'cemas' di Sabah susulan kes Covid-19 yang terus meningkat menyebabkan ratusan petugas kesihatan dari Semenanjung Malaysia segera diterbangkan ke sana...

Ramai Petugas Kesihatan Dapat Jangkitan Covid Dalam Komuniti – Dr Noor Hisham

KUALA LUMPUR - Sebahagian besar petugas kesihatan mendapat jangkitan Covid-19 dalam komuniti dan bukannya ketika bertugas di wad Covid-19 atau Unit Rawatan Rapi (ICU). Ketua...

Isu Covid dan Darurat Perlu Keputusan Bijaksana, Rujuk Pakar – Abdul Hadi

KUALA LUMPUR - Dalam menangani isu pandemik COVID-19 dan soal pelaksanaan perintah darurat, ia perlu dirujuk kepada setiap pihak yang mempunyai kepakaran mengenai isu...