“Jangan Perasan” : BN Tak Pernah Jemput PBS Kerjasama – Bung Moktar

- Advertisement -

CYBERJAYA — Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, menempelak keputusan Parti Bersatu Sabah (PBS) yang mengumumkan penolakan kerjasama politik dengan Barisan Nasional (BN) menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, sambil menyifatkan tindakan itu sebagai satu bentuk “khayalan politik”.

Memetik Free Malaysia Today, Bung Moktar menegaskan bahawa BN Sabah tidak pernah menjemput PBS untuk kembali bekerjasama, menjadikan pengumuman penolakan itu sebagai sesuatu yang tidak berasas.

“PBS tidak perlu menolak sesuatu yang tidak pernah ditawarkan. BN Sabah tidak pernah, pada bila-bila masa pun, menghulurkan jemputan kerjasama kepada PBS untuk kembali atau bekerjasama,” katanya dalam kenyataan.

Beliau turut menyindir Pemangku Presiden PBS, Datuk Dr Joachim Gunsalam, dengan menyifatkan kenyataan itu lebih kepada persembahan politik yang tidak berpijak pada realiti.

“Jadi persoalannya apa sebenarnya yang anda tolak, Datuk Joachim? Ini nampaknya satu lagi episod khayalan politik.
Anda tidak boleh menolak sesuatu yang tidak pernah ditawarkan. Tolonglah, jangan perasan,” tambah Bung Moktar.

Kenyataan balas Bung itu hadir selepas Dr Joachim mengumumkan bahawa PBS tidak akan menjalin kerjasama politik dengan BN dalam PRN akan datang, hasil keputusan majoriti dalam kalangan ahli Majlis Tertinggi parti.

PBS dalam masa sama menegaskan pendirian untuk kekal bersama Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebagai sekutu utama dalam menghadapi pilihan raya negeri tersebut.

Tempoh penggal semasa Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah akan tamat pada 11 November 2025, membuka laluan kepada pembubaran DUN dan PRN yang bakal diadakan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat