Saham Melonjak, Selepas Pembohongan Anwar Terbongkar, Kata Azmin

PH akan sokong Belanjawan, Muhyiddin perlu hormati Anwar

Kuala Lumpur - Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat esok bagi membincangkan cadangan...

Tindakan pantas APMM selamatkan lebih 100 anak kapal Dayang Topaz

KUCHING: Rakyat Sarawak hari ini dikejutkan dengan insiden kapal platform MV Dayang Topaz, yang merempuh pelantar minyak di perairan Kuala Baram di Miri, kira-kira...

Muhyiddin Setuju Lantik TPM Dari UMNO Asalkan Bukan Zahid

Kuala Lumpur - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dikatakan telah bersetuju untuk melantik jawatan Timbalan Perdana Menteri dari kalangan UMNO bagi memastikan kestabilan...

Tukar-Tukar Tempat Sembunyi

Kuala Lumpur: Goh Leong Yeong atau Alvin Goh, 32, yang dikehendaki pihak berkuasa sebagai suspek utama kes pengubahan wang haram dan judi dalam talian...

COVID-19: Rusia Sahkan Kematian Tertinggi Pernah Dicatatkan

RUSIA melaporkan 320 kematian baharu akibat COVID-19, sekali gus menjadi angka korban tertinggi pernah dicatatkan. Pada masa sama, sebanyak 16,550 lagi kes positif disahkan pada...

Kuala Lumpur – Bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sekali lagi menarik perhatian apabila dilihat mengeluarkan kenyataan berbaur sinis terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu melalui laman Twitter sebentar tadi berkata, sebaik sahaja ‘pembohongan besar terdedah’ pasaran saham negara naik secara mendadak.

“Pasaran saham melonjak naik, selepas pembohongan besar terdedah dan kebenaran terungkap,” ciapnya sambil memuat naik tangkap layar pasaran saham di Bursa Saham Malaysia.

Terdahulu Ahli Parlimen Gombak itu dikatakan turut menyindir Anwar berhubung perjumpaan Presiden PKR bersama Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada jam 11.25 pagi tadi.

“Cikgu beritahu result subjek matematik – gagal. Baru habis kuliah matematik,” katanya.

Walaupun tidak menyebut sebarang nama, namun rata-rata mendakwa ciapan tersebut ditujukan kepada Anwar berkaitan jumlah sokongan diperoleh Ahli Parlimen Port Dickson itu.

Terdahulu Anwar mendakwa telah menyerahkan dokumen sahih berbentuk akuan bersumpah dan pengesahan dokumen ketua-ketua parti kepada Yang di-Pertuan Agong.

Bagaimanapun kenyataan Anwar itu disanggah oleh pihak Istana Negara dalam satu kenyataan yang mendedahkan Presiden PKR itu gagal menyenaraikan 120 ahli Parlimen yang menyokong beliau.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Muhyiddin Pertimbang Letak Jawatan?

CYBERJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dilaporkan memanggil menteri kabinet ke rumahnya malam ini bagi membincangkan keputusan Yang Di-Pertuan Agong menolak cadangan kabinet...

Mesyuarat Kabinet Cadang Bubar, Gantung Parlimen?

CYBERJAYA— Mesyuarat Khas Kabinet yang berakhir sebentar tadi dikatakan akan mencadangkan pembubaran Dewan Rakyat dan 'Darurat Politik' kepada Yang Di Pertuan Agong bagi mengatasi...

Darurat Politik: Agong Belum Perkenan, Suruh PM Balik Dulu

CYBERJAYA -  Yang Di Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah belum memberi sebarang perkenan atas apa-apa cadangan Mesyuarat Khas Kabinet pagi tadi termasuk...

Berita Berkaitan

PH akan sokong Belanjawan, Muhyiddin perlu hormati Anwar

Kuala Lumpur - Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat esok bagi membincangkan cadangan...

Muhyiddin Setuju Lantik TPM Dari UMNO Asalkan Bukan Zahid

Kuala Lumpur - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dikatakan telah bersetuju untuk melantik jawatan Timbalan Perdana Menteri dari kalangan UMNO bagi memastikan kestabilan...

Fokus Kekang COVID-19, Lupakan Dulu Soal Politik – PBS

KOTA KINABALU: Parti Bersatu Sabah (PBS) menggesa semua pemimpin supaya melupakan soal politik terlebih dahulu, sebaliknya memfokus untuk mengekang wabak COVID-19 yang semakin membimbangkan. Presiden...