Banyak Tawaran Ajak Keluar UMNO, Tapi Saya Kekal dan Tak Lari – MP BN

- Advertisement -

CYBERJAYA – Ahli Parlimen (MP) Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said mendedahkan beliau pernah diumpan dengan pelbagai tawaran oleh pihak tertentu yang mengajaknya keluar daripada UMNO.

Namun Azalina menegaskan, beliau tetap istiqamah dan kekal setia bersama UMNO serta rakyat kawasannya di Pengerang dan tidakan akan lari dari perjuangan parti itu..

“Saya sudah ditawarkan, macam-macam orang tawar saya. Saya tidak akan keluar dan lari (dari UMNO) sebab saya berpegang janji saya pada orang Pengerang.

“Kita hidup mati bersama sudah 20 tahun, tuan-tuan ikhlas atas perjuangan saya dan saya ikhlas atas perjuangan tuan-tuan, 20 tahun kalau hendak lari, sudah lama saya lari, kami tidak akan lari dan akan duduk di sini,” katanya.

Beliau dipetik berkata demikian ketika berucap dalam majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) Projek Koop City Bandar Penawar hari ini, seperti dilaporkan FMT.

Sementara itu, Azalina yang juga Timbalan Speaker Dewan Rakyat menyatakan keyakinannya, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah akan membuat keputusan bijak yang mengutamakan kepentingan rakyat dalam isu Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa memiliki sokongan majoriti Ahli Parlimen.

“Saya kasihan lihat Yang di-Pertuan Agong, selagi undang-undang lompat parti ini tiada, setiap minggu akan tukar kerajaan macam cerita Hollywood dan Bollywood, pening kepala rakyat.

“Saya rasa, Yang di-Pertuan Agong akan bagi keputusan yang meletakkan pada keamanan rakyat. Kita tunggulah Selasa ini apa jadi,” ujarnya.

Dalam perkembangan berkaitan, semalam Ahli Parlimen Jerantut (BN), Datuk Ahmad Nazlan Idris membuat laporan polis selepas namanya dimasukkan tanpa izin dalam senarai Ahli Parlimen yang didakwa menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri.

“Jika dia mendakwa saya menyokong beliau, itu satu pembohongan besar. Saya berdiri teguh dan menyokong penuh kepemimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan tidak akan berpaling tadah,” katanya.

Ahmad Nazlan menyifatkan penyebaran senarai nama palsu itu telah menimbulkan spekulasi liar dan mencetuskan tafsiran negatif ahli UMNO terhadap dirinya.

Untuk rekod, selepas kerajaan Barisan Nasional (BN) tumbang kepada Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU) yang lalu, seramai 17 Ahli Parlimen UMNO dan BN melompat keluar parti dengan kebanyakannya menyertai PPBM (Bersatu).

Bagaimanapun, kira-kira tiga bulan selepas calon Bersatu yang mewakili PH kalah kepada BN dalam PRK Tanjung Piai dengan majoriti 15,086 undi, parti itu kemudiannya menjalin kerjasama dengan UMNO, BN, PAS dan beberapa parti lain bagi menumbangkan PH dan membentuk kerajaan Perikatan Nasional. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat