Rundingan dengan kerajaan: PH tak ketepikan parti sekutu – Anthony Loke

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Dakwaan kononnya Pakatan Harapan (PH) meminggirkan parti pembangkang sekutu lain dalam rundingan perjanjian keyakinan dan perbekalan (CSA) bersama kerajaan adalah tidak benar sama sekali,” kata Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke.

Beliau tampil menafikan dakwaan Ketua Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan menyifatkan dakwaan Khairuddin itu sebagai tidak berasas sama sekali.

Anthony menjelaskan, pimpinan tertinggi PH sudah mengadakan perbincangan dengan semua pimpinan parti pembangkang lain berkenaan proses rundingan dengan kerajaan.

“Kenyataan ini adalah tidak berasas sama sekali. Pimpinan tertinggi PH telah berbincang dengan semua pimpinan parti pembangkang yang lain berkenaan proses rundingan dengan kerajaan.

“Malah, pada petang semalam satu taklimat khas telah disampaikan oleh pimpinan tertinggi PH kepada Presiden Parti Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkenaan isi kandungan MOU tersebut.

“Wakil Parti Warisan juga dijemput untuk taklimat tersebut namun mereka tidak hadir.

“Kami difahamkan Parti Pejuang dan Warisan belum bersedia untuk menandatangani MOU tersebut dengan kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Ahli Parlimen Seremban itu memberitahu, susulan tindakan itu, PH menghormati pendirian mereka.

Namun, katanya, ia tidak bermaksud kita (PH) tidak boleh bekerjasama dalam isu yang lain.

“PH akan terus bekerjasama dengan semua Ahli Parlimen blok pembangkang dalam isu-isu di Parlimen termasuk melibatkan Ahli-ahli Parlimen Pejuang, Warisan dan Bebas dalam Jawatankuasa-jawatankuasa Pilihan Khas (Special Select Committee) baru yang bakal ditubuhkan yang merupakan sebahagian daripada komitmen yang perlu dilaksanakan oleh Kerajaan dalam MOU yang akan ditandatangani petang ini,” katanya.

Semalam, Khairuddin menyatakan kekesalan apabila mendakwa PH mengetepikan parti pembangkang lain dalam mengenai perjanjian pembekalan dan keyakinan (CSA) dengan kerajaan.

“Ketika hendak menamakan calon perdana menteri kepada Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini; pemimpin PH datang berjumpa dengan Tun Dr Mahathir Mohamad merayu agar memberi sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Pemimpin-pemimpin PH akan merayu, memujuk serta melakukan apa saja pada waktu itu demi menjayakan impian mereka yang ‘mustahil’ ke arah memartabatkan ketua pembangkang masa kini sebagai perdana menteri kesembilan.

“Kini, apabila hendak berunding dengan pihak kerajaan mengenai senarai pembaharuan yang dicadangkan oleh perdana menteri; Anwar bersama pemimpin-pemimpin PH ketepikan Pejuang, Warisan dan Muda yang sama-sama mengundi beliau sebagai calon pembangkang untuk jawatan perdana menteri,” katanya pada satu kenyataan malam tadi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat