Agong zahir penghargaan kepada petugas barisan hadapan harungi cabaran pandemik panjang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menghargai pengorbanan dan khidmat bakti petugas barisan hadapan khususnya perkhidmatan kesihatan.

Baginda bertitah, ketika negara berhadapan saat getir mengharungi pandemik COVID-19, petugas barisan hadapan negara khususnya perkhidmatan kesihatan terus berusaha keras mencurah khidmat bakti tanpa mengenal penat dan lelah serta berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam sebuah landskap tempoh pandemik yang panjang.

“Justeru, marilah kita terus menyokong dan merakamkan setinggitinggi terima kasih kepada semua petugas barisan hadapan dan sektor kritikal lain atas perkhidmatan mereka yang tiada bandingannya.

“Beta juga amat menghargai taat setia dan sumbangan anggotaanggota Perkhidmatan Awam, Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia serta agensi-agensi Kerajaan yang telah mencurahkan khidmat bakti sehingga menjadikan Malaysia sebuah negara yang aman, makmur dan disegani,” ucap Al-Sultan Abdullah.

Sementara itu, Baginda turut merakamkan ucapan tahniah atas kejayaan para atlet negara di temasya Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo yang telah berjuang mengharumkan nama negara dengan berbekalkan sokongan dan doa dari seluruh rakyat Malaysia.

Dalam perkembangan lain, Al- Sultan Abdullah juga turut menyokong peranan aktif Malaysia serta pendekatan pragmatik yang diambil oleh kerajaan dalam bidang diplomasi yang akhirnya telah meningkatkan imej dan reputasi negara di persada antarabangsa.

Titah Baginda, ini dapat dilihat menerusi pelbagai bantuan vaksin yang telah diterima daripada negara-negara lain.

” Justeru, Beta ingin menzahirkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan United Kingdom, Amerika Syarikat, Jepun, Arab Saudi, Republik Rakyat China dan Emiriah Arab Bersatu atas sumbangan vaksin tersebut, ” katanya.

Selain itu juga, Baginda juga menyambut baik langkah kerajaan dalam menggalakkan amalan tadbir urus yang baik berteraskan integriti.

” Menerusi amalan ini sebuah sistem pemerintahan dan pentadbiran yang berintegriti, telus dan cekap akan menjadi kenyataan. Oleh yang demikian, adalah amat bertepatan bagi Pelan Antirasuah Nasional dan Pelan Antirasuah Organisasi untuk terus didokong bagi mencapai aspirasi rakyat Beta untuk hidup dalam sebuah negara yang bebas rasuah dan berintegriti,” ucap Baginda.

Seri Paduka Baginda juga bersyukur kerana negara bertuah ini telah dilimpahkan rahmat keamanan dan keharmonian yang berkekalan.

” Hasilnya rakyat Beta dari berbilang bangsa, budaya dan agama dapat hidup dengan penuh kemakmuran dan bekerja bersamasama untuk kemajuan negara. Beta menyeru agar sebarang bibit-bibit pertelingkahan hendaklah segera dihentikan supaya Malaysia kekal sebagai sebuah negara yang aman, harmoni dan bersatu padu.

“Bersempena sambutan Hari Malaysia yang bakal diraikan tidak lama lagi, beta menyeru kepada ahli-ahli Yang Berhormat dan seluruh rakyat beta untuk menghayati sejarah kemerdekaan negara dan pembentukan Persekutuan Malaysia agar kita akan sentiasa berdiri tegap dan kukuh di atas asas patriotisme dan semangat cintakan negara yang tinggi,” titahnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat