RM1.06 bilion bangun 224 projek infrastruktur di Sabah kendalian KKDW – Zahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan melalui Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM1.06 bilion bagi membangunkan 224 projek infrastruktur di Sabah pada tahun ini, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, projek itu antara lain melibatkan Jalan Luar Bandar (JALB), Jambatan Luar Bandar (JMLB), Bekalan Air Luar Bandar (BALB), Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) dan Projek Pemajuan Kawasan (PPK).

Beliau berkata, berdasarkan pengalaman terdahulu, terdapat banyak projek mengalami kekangan untuk pelaksanaan di Sabah, justeru kerjasama erat antara kerajaan Persekutuan dan negeri penting untuk mengatasi kekangan atau halangan yang dihadapi.

“Keputusan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) projek RM50 juta ke bawah dilaksanakan kerajaan negeri, RM50 juta ke atas dilaksanakan KKDW dan agensi pelaksananya Jabatan Kerja Raya jadi penyelarasan ini mesti dilakukan.

“Ini supaya pemegang taruh merasakan terdapat penyelarasan antara kerajaan negeri dan KKDW. Itu sebabnya kita panggil mesyuarat untuk selaraskan antara menteri atau exco menjaga luar bandar ini supaya kita dapat bersama-sama membantu kami bagi melaksanakannya (projek tersebut),” katanya lapor Bernama di Kota Kinabalu pada Jumaat.

Zahid berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Antara Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah dengan Exco-exco Luar Bandar (MEXCLUB) yang turut dihadiri Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Jahid Jahim.

Sementara itu, Zahid berkata, penyelarasan antara kerajaan Persekutuan dan negeri penting bagi memastikan semua projek pembangunan yang diberikan kepada kerajaan negeri di seluruh negara dapat disegerakan serta berjalan lancar.

“Projek fizikal yang ada telah kita kemukakan kepada kerajaan negeri bagi pelaksanaannya.

“Ia mesti dipantau untuk disegerakan dan kita mesti mencari jalan menyegerakannya dengan tidak mengetepikan tatakelola ditentukan kerajaan,” katanya.

Memberikan contoh, beliau berkata, sesuatu projek diluluskan hanya boleh dilaksanakan setelah dua hingga tiga tahun kerana ia bergantung kepada beberapa faktor antaranya konsultan dan tender terbuka yang mengambil masa lama.

Menurut beliau, terdapat projek telah diluluskan sebelum kerajaan Madani masih belum dapat dilaksanakan kerana prosedur digunakan tidak telus, justeru KKDW terpaksa mendapatkan kaedah pelaksanaan melalui Kementerian Kewangan berdasarkan tatakelola yang betul.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat