Shafie Nafi Warisan Akan Menyokong PN

- Advertisement -

KOTA KINABALU: Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Shafie Afdal menafikan laporan sebuah portal yang menyatakan parti itu akan menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Memetik Utusan Online, tegas Shafie, laporan portal itu adalah tidak berasas dan mengelirukan.

“Warisan menafikan akan bekerjasama dengan PN seperti yang dilaporkan dalam portal berita Sarawak tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam laporan portal berkenaan menyatakan khabar angin sedang bertiup kencang di Kuala Lumpur bahawa mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akhirnya bersetuju untuk menyokong kerajaan PN.

Malah dikatakan, Tun Mahathir dengan sokongan Mohd. Shafie akan mempunyai 15 kerusi Parlimen untuk tampil dengan formula baharu. Difahamkan Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu juga akan mengetuai Majlis Pemulihan Negara (MPN).

Maka, sebagai balasan Pejuang serta rakan kerjasamanya termasuk Warisan akan menyokong PN.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat