Aktiviti ekonomi perlu diteruskan dengan SOP sesuai

- Advertisement -

KUALA LANGAT: Aktiviti ekonomi perlu diteruskan dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih sesuai dilaksanakan pihak majikan untuk dipatuhi pekerja masing-masing.

Ahli Parlimen Kuala Langat, Datuk Dr.Xavier Jayakumar berkata, Syarikat Gamuda sebagai contoh membuat ujian calitan kepada pekerjanya setiap dua minggu sekali, tidak mengira pekerja tempatan atau pekerja warga asing.

“Syarikat tersebut mengambil tanggungjawab melakukan ujian tersebut bagi memastikan pekerja mereka bebas Covid-19. Ini antara SOP yang terbaik boleh diamalkan oleh pihak industri.

“Namun syarikat besar mungkin mampu melakukan ujian tersebut berbanding syarikat Industri Kecil Dan Sederhana (IKS) dan peniaga mikro.Saya berpendapat, langkah terbaik adalah memberi vaksin kepada semua pekerja industri berat, IKS dan peniaga kecil,” katanya kepada pemberita semalam.

Xavier berkata demikian ketika mengulas kewajaran kilang ditutup oleh kerajaan jika berlaku kes Covid-19 dalam kalangan pekerja di sesebuah kilang ketika menghadiri Program Pemberian Vaksin (PPV) Covid-19 di Kampung Orang Asli Pulau dekat sini hari ini.

Mengulas lanjut Xavier berkata, untuk Parlimen Kuala Langat pihaknya telah memohon pembukaan PPV Program Imunisasi Industri Covid-19 Kerjasama Awam-Swasta (Pikas) daripada pihak Kerajaan Pusat.

“Sebagai kerajaan, pertama kita mempunyai tanggungjawab untuk menurunkan kes Covid-19 dan kedua kita perlu pastikan bagaimana kita hendak selamatkan pekerja kilang dan lain-lain sektor untuk terus menjana pendapatan.Kita tidak boleh terus memberi bakul makanan kepada golongan terkesan kerana jumlahnya besar.

“Sebaiknya majikan yang ingin terus beroperasi sewajarnya melakukan ujian calitan kepada pekerja. Jika ujian positif jangan benarkan mereka bertugas,” katanya.

Jelasnya lagi, Selangor yang adalah penyumbang Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) terbesar sewajarnya mewujudkan Pikas di daerah ini bagi memastikan lebih ramai pekerja divaksin untuk mewujudkan imuniti kelompok.- UTUSAN

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat