Tasamuh Selaras Konsep Keluarga Malaysia, Mampu Jadikan Masyarakat Faham Nilai Perbezaan

- Advertisement -

CYBERJAYA: Konsep Tasamuh yang menekankan nilai toleransi dan kebersamaan, adalah selaras dengan konsep Keluarga Malaysia yang mampu menjadikan masyarakat di negara ini menghargai dan memahami nilai perbezaan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub.

Bercakap mengenai perkara tersebut ketika merasmikan Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran di Johor Baharu semalam, Perdana Menteri menambah, “Tasamuh adalah perkataan Bahasa Arab yang bermaksud ‘toleransi ’atau ‘berlapang dada’. Dalam maksud yang lain adalah bersikap menerima dan damai terhadap sebarang keadaan yang dihadapi. Misalnya toleransi dalam agama ialah sikap saling menghormati hak dan kewajipan antara agama.”

Jelasnya, “Tasamuh adalah istilah yang terkait dengan akhlak terpuji. Dalam Islam, ada banyak sikap dan perbuatan baik yang harus diterapkan dalam hidup.”

Bagi negara yang memiliki bangsa dan budaya yang majmuk seperti Malaysia, sikap toleransi atau tasamuh sangat penting sebagai alat menyatupadukan kita semua, tambahnya lagi.

Islam adalah agama yang sangat menghargai perbezaan di dalam batasan tertentu. Nabi Muhammad SAW telah memberikan contoh dalam hal Tasamuh ini. Sejarah Madinah membuktikan bahawa Baginda berjaya mengurus masyarakat majmuk sehingga membawa kehidupan yang harmonis dan kekuatan kepada Madinah, bandar penuh keberkatan.

Dalam realiti Keluarga Malaysia yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum, sudah pasti kepelbagaian budaya dan adat resam menjadi satu keunikan yang perlu diraikan, sekali gus mewujudkan masyarakat yang aman dan sejahtera.

Oleh itu, Perdana Menteri mahu dalam apa juga perkara, konsep Tasamuh dalam bermasyarakat harus menjadi perkara utama kepada Keluarga Malaysia untuk bergerak ke hadapan sejajar dengan peredaran masa kini

Menyentuh penganjuran Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran pada tahun ini, Ismail menjelaskan bahawa penganjuran majlis ini ditunggu-tunggu kerana menjadi wadah dalam membangunkan masyarakat Islam yang bermanhaj Rabbani.

Tema Majlis pada tahun ini iaitu Manhaj, Rabbani, Ummah Berkualiti, boleh menjadi titik tolak bagi melahirkan generasi yang berpegang kepada al-Quran dan asSunnah untuk membentuk sebuah negara yang harmon, katanya lagi.

“Sebagaimana jasad fizikal kita memerlukan makanan untuk terus hidup, rohani kita juga perlu diisi dengan sentiasa mengingati Allah SWT melalui pembacaan ayat-ayat suci alQuran bagi memastikan akal, minda dan jiwa kita terus kekal sihat”.

Beliau turut mengucapakan syabas dan tahniah kepada Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM), Kerajaan Negeri Johor dan semua pihak yang terlibat dalam penganjuran majlis ini.

“Semoga ia dapat menjadi medium bagi menambahkan lagi ketaqwaan kita terhadap Allah SWT menerusi alunan ayat suci al-Quran yang diperdengarkan”, katanya mengakhiri ucapan perasmian.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat