Tiada Bukti Dua Varian SARS-CoV-2 Di Sarawak Punyai Tahap Jangkitan Tinggi – KP Kesihatan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tiada bukti menunjukkan dua varian SARS-CoV-2 yang dikesan iaitu B.1.160.3 dan B.1.160 di Sarawak mempunyai tahap jangkitan atau virulens yang lebih tinggi, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Dr Noor Hisham melalui Facebook rasminya berkata kajian penjujukan genom (genomic sequencing) di Semenanjung pula mendapati strain yang serupa masih belum ditemukan.

Beliau berkata setakat ini masih tidak dapat dipastikan asal usul varian itu walaupun ia berkemungkinan datang dari Indonesia yang telah mendaftarkan 67.7 peratus varian serupa sejak April tahun lepas

“Berdasarkan laporan diterima dari pihak Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), terdapat dua varian SARS-CoV-2 yang dikesan iaitu B.1.160.3 dan B.1.160. Maklumat tambahan daripada Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), varian B.1.160.3 telah diubah nama kepada B.1.470.

“Varian ini didominasi oleh varian dari Indonesia sejak April 2020 dengan prevalen 67.6 peratus (76/108)  iaitu dari 108 bilangan full genome sequences varian ini yang didaftarkan di GISAID (satu inisiatif sains global dan sumber utama untuk data genom virus influenza), 76 adalah dari Indonesia. 

“Negara lain yang turut melaporkan varian ini ialah Singapura (10.2 peratus; 11/108), Jepun (12 peratus; 13/108) dan minoriti di Taiwan dan Hong Kong. Varian ini mempunyai mutasi D614G yang kini biasa ditemukan pada hampir majoriti varian SARS-CoV-2,” katanya

Dr Noor Hisham berkata varian B.1.160 adalah varian yang lazim ditemukan di negara Eropah sejak Julai tahun lepas bermula dari Perancis (11.2 peratus) dan kini didominasi oleh Denmark (28 peratus), Switzerland (15.4 peratus) dan United Kingdom (UK) (17.2 peratus) yang mempunyai mutasi spike D614G dan S477N.

Bagaimanapun, Dr Noor Hisham berkata varian yang dominan di UK pada masa ini adalah varian B1.1.7 yang mana hampir 89.9 peratus distribusi varian ini di dunia adalah tertumpu di UK.  

– BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,575FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat