Beberapa Kawasan Di Perak Dan Terengganu Dikenakan PKPD Mulai Esok

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa kawasan di Batu Gajah, Perak dan Besut, Terengganu selama 14 hari bermula Ahad (14 Feb) ini, berikutan peningkatan kes positif COVID-19 di kawasan berkenaan. 

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kawasan yang terlibat ialah Pusat Pemulihan Akhlak (PPA) dan Kuarters Kakitangan di Batu Gajah, Perak dan Kg Darau-Awek, Kg Padang Baloh dan Kg Lepan Kejor, Mukim Pasir Akar, di Besut, Terengganu.

“Sehingga kini, di kawasan terlibat di Batu Gajah, Perak, KKM telah melaksanakan 81 ujian saringan dan daripada jumlah itu, sebanyak 29 kes positif COVID-19 direkodkan serta 45 baki saringan sedang menunggu keputusan.

“Di Besut, Terengganu pula, sehingga kini, KKM telah melaksanakan 570 ujian saringan dan daripada jumlah itu, sebanyak 21 kes positif COVID-19 telah direkodkan meliputi ketiga-tiga lokaliti ini,” katanya dalam kenyataan perkembangan harian Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ini.

Ismail Sabri berkata, pelaksanaan PKPD itu diambil setelah penilaian risiko dilakukan bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), ekoran situasi COVID-19 di kawasan itu.

Sementara itu, Ismail Sabri memaklumkan PKPD di Penjara Simpang Renggam dan Kuarters Kakitangan di Simpang Renggam, Kluang, Johor akan ditamatkan pada 14 Feb ini, seperti yang dijadualkan.

Mengenai jumlah individu yang ditahan atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) PKP, beliau menyatakan seramai 680 individu ditahan semalam, dengan 610 daripadanya dikompaun, 59 individu direman manakala 11 lagi dijamin.

“Antara kesalahan yang paling banyak dikesan ialah tiada penjarakan fizikal (146), rentas daerah serta negeri tanpa kebenaran (117), aktiviti pusat hiburan (106) dan tidak memakai pelitup muka (86),” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata seramai 21 pendatang tanpa izin ditahan dalam Op Benteng di seluruh negara, manakala sebanyak 10 kenderaan darat disita.

Ismail Sabri memaklumkan seramai 9,138 warga asing telah menjalani ujian saringan COVID-19 semalam, dengan 120 daripadanya didapati positif COVID-19.

Menurutnta, secara kumulatif, setakat ini Kementerian Sumber Manusia (KSM) memaklumkan, seramai 362,067 pekerja warga asing menjalani ujian saringan dengan 7,016 daripadanya disahkan positif COVID-19.

– BERNAMA

Advertisment

Topik Hangat

Mesyuarat Luar Biasa Menteri-menteri UMNO Dengan Presiden Petang Ini

KUALA LUMPUR - Para menteri dari Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dikatakan akan mengada mesyuarat dengan Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada jam...

Biro Politik UMNO Putus Beri Notis Masa 14 Hari Sidang Parlimen

(kemaskini 12.30 a.m) KUALA LUMPUR - Biro Politik UMNO yang mengadakan mesyuarat sebentar tadi membuat keputusan memberi notis  14 hari kepada kerajaan agar memanggil sidang...

Penggunaan Nama Perdana Menteri Perlu Ikut Kad Pengenalan – PMO

KUALA LUMPUR - Semua dokumen rasmi berkaitan nama Perdana Menteri kini perlu menggunakan nama aslinya seperti yang tertera pada kad pengenalan iaitu Mahiaddin Md...

Berita Berkaitan

“14 hari” taktik baru kluster mahkamah ugut kerajaan – Bersatu

  KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Muhammad Faiz Na’aman menganggap tindakan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi tempoh 14 hari...

Timbang semula kedudukan UMNO dalam kerajaan kalau PM gagal buka Parlimen segera – Pemuda UMNO Kedah

  KUALA LUMPUR - UMNO perlu meneliti semula kedudukan parti itu sebagai pendukung kerajaan Perikatan Nasional (PN) sekiranya Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin gagal...

Zahid Sembah Kepada Agong, UMNO Tinggalkan Kerajaan 1 Ogos 2021?

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan kepada Duli Yang Maha Mulia, Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong, Al-Sultan...