- Advertisement -
KUALA LUMPUR -Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin dan optimis barisan baharu Kabinet yang diumumkannya hari ini akan kekal sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang sekiranya mereka mempamerkan prestasi baik.
Kata beliau, barisan Jemaah Menteri itu juga akan kekal jika tidak berdepan sebarang tekanan atau permasalahan baharu.
“Saya harap insya-Allah keadaan prestasi baik, memuaskan dan tidak ada tekanan atau permasalahan baharu.
“Saya tidak fikir harus ada apa-apa perubahan untuk kita terus ada rencana empat tahun akan datang sehingga PRU (akan datang),” katanya pada sidang media mengumumkan rombakan Kabinet di Putrajaya pada Selasa.