Seorang menteri dan dua timbalan menteri disingkir

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – V. Sivakumar digugurkan sebagai Menteri Sumber Manusia manakala posisinya digantikan oleh Steven Sim yang sebelum Timbalan Menteri Kewangan.

Selain itu, dua orang Timbalan Menteri juga digugurkan iaitu Ramkarpal Singh yang sebelum ini bertugas di Jabatan di Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) dan Datuk Siti Aminah Aching (Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi)

Memetik laporan BH, bekas Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar, menghormati keputusan dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, selepas menyaksikan namanya digugur dalam rombakan Kabinet hari ini.

“Saya menghormati PM (Perdana Menteri). Saya telah melakukan yang terbaik.

“(Saya) ingin mengucapkan terima kasih kepada semua kakitangan Kementerian Sumber Manusia (KSM) atas kerjasama yang sangat baik kepada saya,” katanya yang juga Ahli Parlimen Batu Gajah itu,

Sivakumar adalah satu-satunya menteri Kabinet yang digugurkan dalam rombakan hari ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat