Chery perjelas isu gandar model OMODA 5 patah tiba-tiba

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Chery Auto Malaysia sedang menghubungi pelanggan-pelanggan yang terbabit dengan isu gandar (axle) kenderaan model OMODA 5.

Pengedar kenderaan itu dalam satu kenyataan berkata, pelanggan yang khuatir boleh menempah temu janji di pusat servis terdekat untuk pemeriksaan rapi.

Ia berkata, pelanggan bagi semua kenderaan yang diperiksa akan menerima laporan penuh.

“Chery Auto Malaysia komited dalam menyediakan penyelesaian pengangkutan yang selamat dan boleh dipercayai.

“Justeru, kami berdedikasi untuk memastikan semua kenderaan kami memenuhi piawaian keselamatan yang tertinggi,” katanya.

Kenyataan dikeluarkan bagi memberikan maklumat terkini mengenai isu gandar model OMODA 5 yang dihadapi oleh seorang pemilik kenderaan utiliti sukan (SUV) berkenaan, baru-baru ini.

Chery Auto Malaysia berkata, ia sudah menghubungi dan kini sedang berkomunikasi dengan pelanggan berkenaan.

“Kenderaannya sudahpun dibawa ke pusat servis kami untuk pemeriksaan dan penyiasatan menyeluruh,” katanya.

Ia berkata, Talian Khidmat Pelanggan Chery Malaysia, yang boleh dihubungi di +603- 2771 7070, sedia menerima sebarang pertanyaan bagi menjamin keyakinan pelanggan Chery dan OMODA.

“Kami mengucapkan ribuan terima kasih, khasnya buat pelanggan dan pengikut atas kesabaran anda. Kami komited terhadap ketelusan dan menjamin dedikasi yang tidak berbelah bahagi terhadap kualiti dan kepuasan,” katanya.

Baru-baru ini, seorang pemilik model OMODA 5 mendakwa gandar belakang kereta miliknya patah ketika sedang memandu.

Menurutnya, jalan yang dilalui ketika itu tidak mempunyai sebarang bonggol dan lubang, malah keretanya itu juga tidak pernah terbabit dalam sebarang kemalangan.

Dia juga mendakwa bahawa bahagian yang patah itu hanya mempunyai dua titik kimpalan serta kesan karat.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat