Surat Lucut Ahli Tak Sebut Kesalahan Spesifik, Kata Annuar

- Advertisement -

CYBERJAYA: Tan Sri Annuar Musa mempersoalkan surat pelucutan keahlian UMNO yang diterimanya hari ini kerana tidak menyebut secara spesifik kesalahan dilakukannya.

Berkongsi di Facebooknya, bekas ketua UMNO bahagian Ketereh itu berkata, surat yang bertarikh 9 Disember itu hanya menyebut seksyen tertentu tanpa menulis perbuatan spesifik sehingga beliau dipecat dari parti itu.

“Surat hanya menyebut seksyen-seksyen berkaitan tanpa sebutan spesifik perbuatan atau tuduhan yang terkait dengannya.

“Apapun saya menerimanya secara berlapang dada. Saya ucapkan terima kasih.

“Insya-Allah, sehari dua lagi saya akan menjawab surat yang saya terima,” katanya.

Dalam surat yang turut dikongsi di Facebook Annuar menyebut, bekas menteri itu di lucutkan keahlian berkuatkuasa serta merta di bawah Fasal 10.6 yang dibaca bersama Fasal 5.9 Perlembagaan UMNO.

“Tindakan Tan Sri yang telah melanggar Etika Ahli UMNO di bawah Fasal 20.9 (a), (d), (e) dan (f) Perlembagaan UMNO dibaca bersama Perkara 3.1.1, 3.1.3, 3.1.5, 3.1.6, 5.3, 5.4 dan 7.1 Tataetika ahli,” tulis surat tersebut.

Pada Khamis lalu, Annuar bersama dua yang lain dipecat dari UMNO dan berkuatkuasa serta merta.

Keputusan itu dibuat pada Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.

Selain Annuar, dua lagi yang dipecat adalah Ketua Wanita UMNO Bahagian Arau, Datuk Seri Shamsiah Yasin, yang juga isteri bekas Ketua UMNO bahagian itu, Datuk Seri Shahidan Kasim serta Ketua Wanita UMNO Bahagian Maran, Datin Seri Fatimah Kassim.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat