Curi Ambulans Untuk Bertemu Kekasih

- Advertisement -

SINGAPORE: Seorang anggota Perkhidmatan Negara (NS) bersama Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) diperintahkan menjalani rawatan mandatori selama dua tahun kerana mencuri ambulans.

Haziq Syamim Esa didakwa mencuri dan memandu ambulans itu ke kondominium teman wanitanya.

Haziq yang mempunyai sejarah gangguan skizofrenia diberitahu oleh sebuah mahkamah daerah semalam bahawa dia harus menjalani rawatan masalah kesihatan mental sebagai ganti bagi hukuman penjara.

Lelaki berusia 21 tahun itu juga dilarang memandu semua kelas kenderaan selama dua tahun.

Haziq mengaku bersalah bulan lalu terhadap satu tuduhan mencuri dan menipu.

Dia juga mengaku bersalah terhadap satu tuduhan tidak berkaitan bagi tindakan menyebabkan kecederaan ke atas individu lain dengan melakukan tindakan terburu-buru.

Kejadian itu berlaku pada 12 Mac apabila Haziq menunggang basikal ke Balai Bomba Sengkang dengan memakai kemeja perkhidmatan perubatan kecemasan (EMS) dan seluar hitam.

Dia memberitahu seorang pegawai pengawal keselamatan di balai bomba itu bahawa dia pegawai EMS yang tidak bertugas dan perlu bercakap dengan seorang rakan sekerja di dalam.

Haziq dibenarkan memasuki premis itu sekitar jam 3 pagi dan sebaik melihat sebuah ambulans kosong diletak di kawasan itu dengan enjinnya masih hidup, dia melarikannya.

Dia dilapor memandu ambulans itu ke kondominium The Amore di Edgedale Plains, Punggol, untuk bertemu teman wanitanya yang tinggal di situ.

Setibanya di kondominium itu, Haziq menyalakan lampu ambulans dan menipu seorang pengawal keselamatan bahawa terdapat kecemasan perubatan.

Timbalan Pendakwa Raya Cheng Yuxi berkata, pemandu tidak mengunci ambulans dan meninggalkan kunci di dalam dengan enjin dihidupkan hingga menyebabkan tertuduh bertindak melarikannya.

“Tertuduh dengan sengaja membuat (pengawal) mengangkat penghalang bagi ambulans itu masuk, kerana itu kenderaan kecemasan,” katanya.

Pegawai SCDF di balai bomba menyedari ambulans itu hilang sekitar 4 pagi dan mengerahkan sekumpulan anggota bomba mencarinya.

Mereka menemui ambulans tersebut di kondominium itu pada pagi berkenaan sebelum Haziq ditahan – Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat