Vaksin Covid-19 Pfizer Diluluskan AS

- Advertisement -

WASHINGTON: Kelulusan kerajaan Amerika Syarikat (AS) terhadap vaksin Covid-19 Pfizer-BioTecNTech semalam, memberi peluang kepada berjuta individu yang dijangkiti virus itu menerima suntikan.

Presiden Donald Trump segera berkongsi video di Twitter dengan menyifatkan berita itu sebagai ‘keajaiban perubatan’ dan percaya imunisasi pertama akan dilakukan dalam tempoh kurang 24 jam.

Sebelum pengumuman itu, Ketua Saintis Pentadbiran Makanan dan Perubatan AS, Denise Hinton pada Jumaat berkata, pihaknya meluluskan segera vaksin itu untuk digunakan di negara berkenaan.

“Saya mengizinkan penggunaan kecemasan Pfizer-BioNTech Covid-19, vaksin untuk pencegahan Covid-19,” katanya.

AS menjadi enam negara yang meluluskan penggunaan dua jenis dos vaksin selepas Britain, Bahrain, Kanada, Arab Saudi dan Mexico.

Langkah itu dilakukan lebih awal daripada yang dijangkakan dan menutup dakwaan mengatakan Rumah Putih akan memecat Ketua Pentadbiran Makanan dan Perubatan, Stephen Hahn.

Namun, pakar menyifatkan campur tangan politik Trump dalam proses saintifik, dikhuatiri menjejaskan keyakinan terhadap vaksin

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat