Penutupan sebahagian Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah 23 – 25 April ini – JKSB

- Advertisement -

Oleh Zihan Zari

BATU KAWAN – Sebahagian laluan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (JSAHMS) akan ditutup sementara dari KM12.5 sehingga KM18.5 bermula Selasa hingga Khamis ini bagi kerja-kerja pemeriksaan kabel di rentang utama.

Menurut kenyataan Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) memaklumkan penutupan JSAHMS bermula 9 pagi hingga 5 petang selama tiga hari dan laluan kontra kepada pengguna akan diaktifkan sepanjang penutupan kawasan berkenaan.

Pihaknya menasihatkan orang ramai agar mematuhi semua papan tanda serta arahan yang diberikan.

Beliau berkata, JSAHMS akan beroperasi seperti biasa pada 25 April ini, selepas tamat pemeriksaan tersebut dan mengucapkan terima kasih di atas segala perhatian dan kerjasama dari semua pengguna lebuh raya ini.

“Sehubungan dengan itu, pengguna juga boleh menghubungi Hotline JKSB di talian 1-300-30-2828 untuk mendapatkan maklumat trafik atau ingin mendapatkan bantuan apabila berlaku kecemasan, ”menurut kenyataan itu lagi. -SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat