KUALA LUMPUR – Malaysia menyatakan hasrat syarikat automobil, Geely dan PROTON yang menyatakan minat untuk membuka kilang kenderaan elektrik (EV) di Thailand.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan hasrat itu kepada rakan sejawat Perdana Menteri, Srettha Thavisin ketika sidang media bersama berkongsi hasil mesyuarat dua hala antara Malaysia dan Thailand.
“Malaysia dan Thailand bersetuju menubuhkan pasukan petugas bagi merancakkan kerjasama sektor pertanian, pelancongan, perdagangan, perniagaan termasuk halal dan keselamatan.
“Saya turut menyentuh hasrat syarikat automobil, Geely dan PROTON yang menyatakan minat untuk membuka kilang kenderaan elektrik (EV) di Thailand.
“Saya menzahirkan keyakinan kerjasama ini mampu diperhebat sekali gus memberi manfaat kepada kedua-dua negara,” kata Anwar, malam tadi.
Terdahulu dilaporkan, Thailand dan Malaysia komited untuk menoktahkan konflik di sempadan kedua-dua negara dengan menukar kawasan itu kepada zon perdagangan.
Perdana Menteri Thailand berkata, perkara itu dipersetujui bersama dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mesyuarat dua hala semalam.
“Antara isu yang kami bincangkan adalah mengenai keselamatan terutama di utara Malaysia dan selatan Thailand dan ini adalah perkara yang menjadi keutamaan kepada kedua-dua kerajaan.
“Kami bersetuju untuk menukarkan zon ‘peperangan kecil’ ini kepada zon perdagangan,” katanya pada sidang media bersama Anwar sempena lawatan kerjanya ke Malaysia semalam.
[10:36 AM, 10/12/2023] Jane SuaraTV: 1MDB: Goldman Sachs saman Malaysia
NEW YORK – Kumpulan Goldman Sachs memfailkan saman terhadap Malaysia di sebuah mahkamah United Kingdom (UK).
Tindakan itu diambil ketika ketegangan semakin memuncak berhubung isu penyelesaian berkait peranannya dalam skandal dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Sumber memberitahu Reuters, saman berkenaan difailkan di Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa London (LCIA), semalam.
“Hari ini (semalam), kami memfailkan saman timbang tara ke atas Kerajaan Malaysia kerana melanggar obligasinya untuk mengkredit aset dengan sewajarnya terhadap jaminan diberikan oleh Goldman Sachs dalam perjanjian penyelesaian kami serta bagi mendapatkan semula aset lain,” kata jurucakap bank itu kepada Reuters.
Terdahulu, saman berkenaan dilaporkan oleh Bloomberg News.
Pada 2020, Goldman Sachs bersetuju membayar AS$3.9 bilion untuk menyelesaikan siasatan jenayah dijalankan Malaysia terhadap peranan bank pelaburan Amerika Syarikat (AS) itu dalam skandal dana 1MDB yang membabitkan berbilion dolar.
Pihak berkuasa Malaysia serta AS menganggarkan AS$4.5 bilion telah dicuri daripada 1MDB melalui skim terperinci yang menjangkau serata dunia dengan membabitkan bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak; pegawai peringkat tinggi dalam dana itu; kakitangan Goldman dan lain-lain lagi.
Menurut Pendakwa Raya, Goldman membantu 1MDB mengumpulkan AS$6.5 bilion menerusi tiga jualan bon, namun AS$4.5 bilion didakwa telah ‘dilencongkan’ kepada pegawai kerajaan, jurubank serta rakan sekutu mereka melalui rasuah dan sogokan antara 2009 dan 2015.
AS telah memulangkan dana diperoleh daripada rampasan aset didakwa dibeli menggunakan wang 1MDB yang dicuri.