Shafie Arah JPN Luluskan Permohonan Orang Yang Telah Mati Dapatkan ‘Mykad’

- Advertisement -

Kota Kinabalu – Bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Shafie Afdal meluluskan permohonan orang yang telah mati untuk mendapatkan kad pengenalan.

Berdasarkan gambar yang dikirimkan kepada SuaraTV, seorang pemohon yang mengunakan nama Siti Halai Sandaluddin telah menulis surat kepada Shafie bagi mendapatkan sokongan.

“Memohon surat sokongan permohonan kad pengenalan anak saya,” memetik salinan surat bertarikh 27 April 2019 berkenaan.

Melalui sijil kelahiran yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaraan Negeri (JPN) bertarikh 24 Ogos 1990 anak kepada wanita tersebut bukan merupakan warganegara Malaysia.

Shafie kemudiannya menulis catatan agar permohonan tersebut diluluskan.

“Datuk Pengarah Jabatan Pendaftaraan Negeri, sila beri bantuan,” memetik arahan Shafie di catatan surat tersebut.

Namun berdasarkan sijil kematian yang dikeluarkan JPN, wanita tersebut dilaporkan telah meninggal dunia pada 2 Mei 2018 kerana sakit tua.

Selain itu Pejabat Ketua Menteri turut mengeluarkan satu surat arahan bertarikh 14 Mei 2019 meminta Pengarah JPN Sabah, Datuk Ismail Ahmad meluluskan permohonan tersebut. – SuaraTV

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat