Saya bukan ‘kaki lompat’ kata Ahmad Maslan

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan sekali lagi mengulangi pendiriannya untuk tidak menyertai mana-mana gabungan politik yang dianggotai oleh DAP atau PKR.

Ahli Parlimen Pontian itu berkata demikian melalui satu ciapan di laman Twitternya sebentar tadi sambil menegaskan akan terus setia bersama UMNO dan Barisan Nasional (BN).

“Dua kali saya tercatat sebagai Menteri Kewangan 2. Sekali Menteri Kewangan 1 Lim Guan Eng, sekali Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam senarai yang entah rekaan siapa.

“Politik mesti punyai prinsip. Saya bukan kaki lompat dan tiada kaitan DAP atau PKR,” katanya sambil memuat naik poster rekaan pihak tertentu yang tular di media sosial baru-baru ini.

Sebelum ini juga beberapa ahli Parlimen UMNO turut membuat penafian menyokong Anwar antaranya Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid (Padang Terap); Bendahari UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (Putrajaya), Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Shahidan Kassim (Arau): Ahli Majlis Tertinggi, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah (Lenggong); Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin (Kinabatangan) dan Ketua UMNO Kimanis, Datuk Mohamad Alamin (Kimanis).

Jumaat lepas, Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson berkata Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah memperkenankan beliau untuk menghadap baginda esok.

Ia bagi mempersembahkan keterangan lengkap mengenai jumlah majoriti ahli Parlimen yang menyokongnya.

Pada 23 Sept lalu, Anwar dalam satu sidang media mendakwa beliau mendapat sokongan ‘kukuh dan meyakinkan’ daripada ahli Parlimen untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negara.

Datuk Seri Ahmad Maslan Umno division chiefs meeting at Menara Dato Onn in PWTC AZMAN GHANI The Star

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat