Mahathir Kecewa Warisan Kalah, Tetap Namakan Shafie Apdal Calon PM

- Advertisement -

CYBERJAYA – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melahirkan rasa kecewa dengan kekalahan Warisan dan sekutunya dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah semalam.

Dr Mahathir berkata beliau berharap rakyat Sabah mengundi menolak Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN), namun yang berlaku sebaliknya.

“(Sudah tentu) saya kecewa. Saya harap rakyat Sabah tolak orang yang menggunakan cara tidak betul untuk ambil alih kerajaan.

“Mereka dengan sengaja runtuhkan kerajaan dengan membayar Adun untuk lompat.

“Kalau ini jadi satu amalan di Malaysia, tamatlah demokrasi kerana mereka yang ada duit boleh beli mana-mana kerajaan,” katanya.

Untuk rekod, pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang lalu, BN bersama Star yang menguasai majoriti kerusi DUN di Sabah telah mengangkat Tan Sri Musa Aman sebagai Ketua Menteri.

Bagaimanapun, dua hari kemudian kerajaan BN Sabah tumbang selepas komponen BN iaitu UPKO melompat keluar untuk bersekutu dengan Warisan bagi membolehkan Datuk Seri Shafie Apdal menjadi Ketua Menteri baru.

Beberapa ketika selepas itu berbelas lagi Adun BN turut melompat menyokong warisan kemudian membuka parti Bersatu di negeri itu atas restu Dr Mahathir.

Musa Aman kemudiannya bertindak balas pada Julai lalu namun sebelum sempat menemui Yang Dipertua Negeri Sabah Juhar Mahiruddin, Shafie terlebih dahulu mengusulkan pembubaran DUN.

Sementara itu, Dr Mahathir turut mengesahkan beliau tetap memilih Shafie sebagai calon Perdana Menteri jika pakatan pembangkang menang PRU15 kelak.

“Dia masih (salah) satu dari calon (PM),” katanya, seperti dipetik dari laporan The Malaysian Insight.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan pemberita samada Shafie masih relevan selepas gagal mempertahankan kerajaan Warisan di Sabah.

DAP dan Amanah sebelum ini turut menyokong cadangan Dr Mahathir menamakan Shafie sebagai PM, namun beberapa hari lalu menukar haluan dengan kembali menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas Presiden PKR itu mendakwa memiliki sokongan majoriti Ahli Parlimen. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat