Projek LCS seram dan menyedihkan akibat salah urus kewangan- Pengerusi PAC

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Lawatan delegasi Ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) ke tapak binaan Kapal Tempur Pesisir (LCS) di Boustead Naval Shipyard (BNS) yang berpangkalan di Lumut, Perak pada 11 Disember 2021 mendapati keadaan sungguh di situ “menyedihkan”.

Pengerusi PAC, Wong Kah Woh dalam catatan di Facebooknya memperincikan butiran lawatan ke tapak binaan LCS yang mana ia dirumuskan sebagai “heart breaking”.

Menurut beliau selepas sesi taklimat 3 jam bersama wakil Kementerian Pertahanan (MINDEF), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Boustead Heavy Industries Corpration Bhd (BHIC) dan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) maka kesemua mereka bersepakat untuk melawat tapak binaan LCS.

Kata Kah Woh, ini melibatkan Ketua Pegawai Eksekutif BHIC, Sharifuddin Md Zaini, Pengarah Projek BNS LCS, Kapten (B) Ir Azhar Jumaat dan bekas Asisten Ketua Staf Perancangan Pembangunan TLDM, Laksamana Muda Datuk Ir. Shaiful Adli Chung Abdullah.

“Delegasi PAC pada mulanya dibawa melawat 13 gudang penyimpanan peralatan berkaitan LCS. Lima daripada gudang itu khusus untuk peralatan LCS manakala lapan lagi stor membabitkan campuran LCS dan peralatan am. Termasuk juga bahagian peluru untuk pembinaan LCS.

“Namun saya tidak terlalu pasti tentang bahagian melibatkan teknologi kapal perang. Hasil semakan mendapati banyak yang telah dibeli pada tahun 2013, 2014 dan 2015. Satu persoalan dalam fikiran, adakah alatan itu masih cukup “pintar” untuk keperluan semasa dengan arus kemajuan teknologi masa kini?

“Kami diberitahu jumlah nilai peralatan pada simpanan ialah RM1,757,791,266.02. Saya bertanya kepada BNS berapa banyak yang telah menjadi usang, jawapan yang diberikan adalah lebih kurang 15 peratus. Bermaksud lebih kurang kerugian RM263,668,689.90.

“Adakah semua peralatan telah dibayar oleh BNS? Tidak, tidak semua telah dibayar. Itulah sebabnya kita boleh membaca terdapat hutang yang besar disebabkan oleh OEM yang akhirnya menyebabkan berhenti kerja dan menghentikan bekalan,” jelas Kah Woh ketika menyingkap lawatan PAC hujung tahun lalu.

Kemudiannya beliau berkata, delegasi PAC dibawa pula melawat tapak pembinaan LCS 1. Malah katanya, tidak sangka kapal yang sedang dibina itu adalah LCS 1 yang sama ‘dilancarkan’ pada 2017.

“Walaupun tak sangka, tapi ya itu memang LCS 1. Kami naik, masuk ke blok utama, untuk melihat perkembangan pembinaan sebenar. MINDEF memaklumkan kepada PAC bahawa kemajuan pembinaan sebenar adalah 44 peratus untuk LCS 1.

“Kami menghabiskan masa sekitar 1 jam di LCS 1 dan pergi ke bas. Bas itu membawa kami melepasi seluruh tapak pembinaan untuk LCS 1 hingga LCS 5.

“Tiada lagi pekerja di tapak pembinaan, tiada warga tempatan mahupun warga asing. Tiada kontraktor. Tiada lagi kerja yang sedang dijalankan. Benar-benar sifar, benar-benar terhenti. Ia menyayat hati, kerana kita semua tahu RM6 bilion telah dibelanjakan,” dedah beliau.

Menurut beliau dalam prosiding awal, PAC diberitahu kedudukan kewangan BNS berada dalam keadaan yang teruk disebabkan oleh salah urus kewangan syarikat.

“Ahli PAC, Wong Shu Qi bertanya sama ada kesemua RM6 bilion telah dibelanjakan oleh BNS? CEO BHIC, Sharifuddin mengakui “memang duit kita sudah habis… company memang tidak ada duit dan memang akan lingkup pun esok silap-silap.”

“Gaji kakitangan dipotong sejak Oktober 2020, KWSP tidak dibayar sejak Mei 2021. BNS hanya bergantung kepada beberapa kerja kecil seperti membaiki untuk TLDM terus hidup. (maklumat ini ada di halaman 49 hansard)

“Sharifuddin seterusnya memaklumkan kepada PAC, jika BNS tiada, Boustead Holdings dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) akan terjejas teruk. Perladangan, Pharmaniaga, Boustead Properties dan Hotel Boustead semuanya akan terjejas. Malah LTAT kehilangan sehingga 46 peratus daripada saiz dana. (maklumat ini ada di halaman 52 hansard),”n ujar Pengerusi PAC itu lagi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur menyifatkan pojek LCS sangat menyedihkan dan sungguh menyayat hati.

“Perkara pertama yang saya fikirkan, bagaimana syarikat yang mempunyai kontrak RM9 bilion daripada kerajaan boleh sampai ke tahap ini? Ia lebih daripada salah urus. Ia lebih daripada pengurusan yang lemah. Ada sesuatu yang tidak kena, dengan mereka yang berkuasa dan mereka yang mendapat kontrak.

“Saya berharap laporan PAC mengenai LCS dapat membantu negara, dengan menyediakan buku teks tentang bagaimana perolehan pertahanan harus dikendalikan, bagaimana untuk tidak salah guna kuasa.

“Kisah seram yang menarik dalam keseluruhan proses projek LCS akan menjadi pengajaran kepada semua yang berkuasa, sekarang dan akan datang,” jelas beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat