Henti serang penjawat awam berintegriti siasat 1MDB – MUDA

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – MUDA mengecam tindakan dalang-dalang di sebalik tulisan blogger, Raja Petra Kamaruddin yang ingin mencipta naratif palsu berkenaan 1MDB sekali gus menyarankan agar mereka berhenti menyerang penjawat-penjawat awam yang berdedikasi menjalankan tugas.

Ahli Jawatankuasa Pusat MUDA, Lim Wei Jiet mendesak serangan terhadap Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh dan penjawat awam berintegriti lain yang menyiasat 1MDB.

“Baru-baru ini, blogger Raja Petra telah menyiarkan sebuah video yang menuduh kononnya bekas Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh, telah membawa teman wanitanya sekali dalam serbuan di rumah Datuk Seri Najib Razak pada Mei 2018.

“Amar Singh dalam telahpun menafikan tuduhan ini sekeras-kerasnya. Ini adalah blogger yang sama yang menuduh Hakim Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali pada April 2022 bahawa kononnya beliau telah menerima RM1 juta dalam
akaun peribadinya.

“Selepas itu, Badan Kehakiman diserang bertubi-tubi dalam media sosial oleh mereka yang ingin mempertahankan skandal
1MDB,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Wei Jiet mendakwa kesemua tohmahan liar ini bukan suatu kebetulan. Tetapi adalah suatu perancangan rapi oleh mereka yang terlibat dalam skandal 1MDB dan rasuah mega dalam Malaysia untuk membina persepi bahawa mereka telahpun dianiaya.

“Dan mereka ini tidak kisah jika reputasi penjawat-penjawat awam yang berintegriti seperti Amar Singh dan hakim Nazlan dicemari, dipermainkan dan diheret ke dalam arena gosip dalam proses.

“Rakyat Malaysia tidak boleh berdiam diri. Jika kita tidak bangkit melawan dalang-dalang di sebalik Raja Petra yang berniat menulis semula sejarah (rewrite history) berkenaan 1MDB, ramai lagi penjawat-penjawat awam lain yang bertanggungjawab menyiasat, mendakwa dan menghakimi mereka yang terlibat dalam 1MDB akan dianiaya,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat