Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS pagi ini apabila dolar AS menyusut selepas laporan indeks harga pengguna (CPI) Amerika Syarikat yang diumum mengesahkan inflasi yang sederhana di negara itu.

Pada 9.19 pagi, unit tempatan disebut harga pada 4.2370/2400 berbanding dolar AS daripada 4.2380/2420 ketika ditutup pada petang urus niaga Rabu.

Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Adam Mohamed Rahim, berkata ringgit dijangka berhadapan tekanan berbanding dolar AS terutama selepas penggubal undang-undang AS bersetuju ke atas rang undang-undang infrastruktur bernilai AS$1.0 trilion untuk melonjakkan ekonomi AS.

“Mungkin beberapa sokongan dapat diperoleh daripada laporan Pentadbiran Maklumat Tenaga AS (EIA) yang menyatakan bahawa stok minyak mentah jatuh minggu lepas, sekali gus menunjukkan permintaan berterusan dan ini baik untuk harga minyak dan juga ringgit untuk tempoh jangka pendek.

“Tetapi permintaan bahan bakar dijangka menyusut kemudian berikutan varian Delta COVID-19 dan pastinya ia akan memberi tekanan kepada harga minyak,” katanya.

Sementara itu, unit tempatan diniagakan rendah berbanding mata wang utama yang lain.

Ringgit lemah berbanding yen Jepun kepada 3.8393/8423 daripada 3.8253/8292 pada Rabu dan menyusut berbanding euro kepada 4.9734/9769 daripada 4.9623/9670 sebelumnya.

Ia turun berbanding dolar Singapura kepada 3.1228/1252 daripada 3.1159/1191 dan lebih rendah berbanding pound Britain kepada 5.8759/8800 daripada 5.8539/8595 semalam.

– Bernama

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat