‘DUN Tempat Bincang Kepentingan Rakyat, Bukan Sangkar Beruk’ – Sultan Johor

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – “Saya ingatkan bahawa dewan negeri ini adalah tempat untuk berbincang dan membuat ketetapan bagi kepentingan rakyat dan negeri Johor. Jangan cemarkan dewan saya ini dengan perangai buruk, ini adalah dewan yang mulia, bukan dewan sangkar beruk, ingat pesanan saya Tuan Speaker. Jalankan kerja baik-baik,” demikian titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar ketika merasmikan Pembukaan Penggal Persidangan Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor pada Khamis.

Baginda mengingatkan kesemua 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri itu agar tidak membawa apa-apa usul yang tidak berkenaan sepanjang persidangan DUN kali ini.

Sultan Ibrahim bertitah, ketika ini bukan masa untuk berbalah tetapi waktu terbaik untuk bersatu dan bekerjasama serta tidak mempersoalkan apa yang dilakukan pihak lain untuk membantu rakyat, sebaliknya mencerminkan muka sendiri bagi melihat apa yang telah dilaksanakan.

“Tidak perlu berbahas atau membawa usul tidak berkenaan, awak semua mesti pentingkan rakyat di luar sana yang tengah susah, ada yang kelaparan, hilang pekerjaan dan ada juga yang sedang bertarung nyawa akibat wabak Covid-19,” titah baginda memetik Utusan Online.

Sultan Ibrahim juga sekali lagi bertitah untuk tidak akan teragak-agak membubarkan DUN kali ini sekiranya terdapat usaha mana-mana pihak yang mahu menjatuhkan kerajaan negeri sedia ada.

Baginda juga memberi peringatan bahawa tidak akan melayan permainan politik mana-mana wakil rakyat yang terus bertelagah sehingga mengganggu-gugat Johor dan kerajaan negeri.

“Saya rasa tidak perlu ada wakil rakyat jika masing-masing hanya fikirkan tentang kedudukan sendiri, bukan kepentingan rakyat.

“Apabila wabak Covid-19 sudah terkawal, saya akan serahkan kepada rakyat untuk memilih ahli dewan yang baharu. Selepas ini pilihlah betul-betul pemimpin yang jujur dan ikhlas mahu berkhidmat untuk rakyat,” titah baginda.

Justeru, Sultan Ibrahim mahu DUN Johor menjadi pentas untuk wakil-wakil rakyat berbincang dan membuat ketetapan bagi kepentingan rakyat dan Johor.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat