Helikopter Bawa 16 Penumpang Terhempas Di Timur Russia

- Advertisement -

MOSCOW: Sebuah helikopter dengan 16 penumpang termasuk 13 pelancong terhempas di Kamchatka, timur Russia hari ini, kata pihak berkuasa tempatan.

Menurut kenyataan media pihak berkuasa tempatan itu, helikopter berkenaan dikatakan terhempas di Tasik Kuril di hutan simpan Kronotsky.

“Mengikut maklumat awal, ada tiga ahli kru dan 13 penumpang yang semuanya adalah pelancong dalam helikopter jenis Mil Mi-8.

“Pihak penyelamat dan penyelam juga sudah dikerahkan ke lokasi kejadian,” katanya.

Sementara itu, menurut sumber daripada pejabat kesihatan tempatan, sembilan daripada mangsa berjaya diselamatkan.

“Sembilan mangsa sudah ditemui, mereka semua selamat,” kata sumber kepada agensi berita Interfax, dan memaklumkan operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan. – AFP

– Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat