Kerajaan dinasihat tak merungut dikecam isu diesel – Khairy

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan Madani dinasihatkan agar tidak mudah ‘koyak’ dengan kecaman oleh pembangkang mahupun rakyat susulan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel, kata Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Meskipun menyokong penuh langkah kerajaan menyasarkan subsidi diesel, bekas Menteri Kesihatan itu meminta kerajaan dan penyokong mereka agar ‘kebal’ dengan hentaman dan kecaman susulan langkah itu.

“Ramai orang ‘menganjing’ (mempersenda) Perdana Menteri, “kalau saya jadi PM harga minyak akan turun dan penyokong-penyokong PH pun kata oh ini adalah janji lama yang tak diulangi baru-baru ini.

“Bagi saya kena hadaplah, jangan merungut dimangsakan, saya dikecam, jangan gaslight orang
awak dulu masa pembangkang cakap orang macam-macam,macam hero lah, menang hari ini semua benda akan jadi free.

“Bila dah jadi kerajaan, dah tau buat kali pertama jadi seorang manusia yang bertanggungjawab jadi kena hadaplah.

“PMX takpala dia pernah jadi menteri dulu tapi menteri-menteri lain tak pernah jadi manusia yang bertanggungjawab sekarang baru tengok keadaan sebenar di mesyuarat Kabinet kedudukan sebenar keadaan fisikal negara dan mereka berdepan kecaman, jangan merungut kerana dulu anda cakap macam-macam dan hari ini ludah itu jatuh pada muka, sapu sajalah,” katanya dalam audio siar Keluar Sekejap yang dimuat naik pada Rabu.

Mengakui ketika ini kerajaan berdepan kecaman dahsyat kesan daripada langkah penyasaran subsidi diesel ini, Khairy berkata wujud segelintir golongan orang yang tak nak faham langkah-langkah kerajaan ini.

“Sedangkan kerajaan dah buat benda yang boleh diterima tapi pembangkang mereka akan menganjing kerajaan di media sosial
tapi orang biasa mereka tak tebal mana-mana sokongan kepada mana-mana parti politik yang kutip cari semula kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh PMX dan juga menteri-menteri kanan beliau terutamanya menteri ekonomi tentang kenaikan harga minyak ini dan mereka post balik la dan benda ini menjadi sesuatu yang susah untuk dijawab, dia jawab kenapa keperluan dibuat hari ini.

“Kita salute PMX sebab dia ada iltizam politik untuk melaksanakan kerja yang kerajaan sebelum ini.

“Tapi mereka juga kena hadap semua kritikan ini sebab waktu mereka berada di dalam pembangkang tidak berada dalam kerajaan macam-macam mereka cakap tentang penyeludupan subsidi lah, bila kerajaan lama buat perbandingan harga diesel dan minyak Malaysia dengan negara-negara Asean yang lain mereka kata benda ini tidak relevan, jangan buat perbandingan dengan negara bukan pengeluar minyak, kita ada minyak yang berkualiti tinggi,” ujar Khairy.

Mengulas lanjut, Khairy berpendapat langkah penyasaran subsidi itu wajar dibuat, ini adalah untuk menyelamatkan kedudukan fiskal negara.

“Kita tahu bahawa negara menghadapi masalah kewangan, kemampuan untuk membiayai projek-projek besar, projek rakyat disebabkan kedudukan kewangan yang mana pendapatan kita tidak optimum.

“Di mana pendapatan itu mesti datang daripada suatu tempat dan daripada kita naik terlalu banyak cukai salah satu cara adalah untuk kita menyasarkan subsidi kita, maksudnya subsidi masih lagi diberi tapi diberi hanya kepada mereka yang kerajaan rasa layak menerima sebab itu kita ada mekanisme.

“Jadi inilah cara yang sepatutnya dibuat sama ada kenaikan ini dibuat sekali gus ataupun berkala saya rasa untuk diesel ini tidak ada masalah untuk kita buat sekali gus sebab kita pengguna diesel pun tak ramai berbanding dengan petrol.

“Mungkin petrol nanti bila dah buat nanti ia tak boleh dibuat sekali gus sebab RON 95 RM2.05 seliter kalau tak ada subsidi terus naik macam diesel ikut harga pasaran dia akan melebihi RM3 seliter dan itu akan ada kesan dia, besarlah.Walaupun ada sistem macam Budi itu pun beri kesan besar kepada ekonomi negara.

“Jadi untuk petrol yang belum lagi diumumkan mungkin caranya adalah buat secara berkala tetapi ada juga yang kata kalau buat secara berkala itu akan menyebabkan kenaikan harga barang .

“Secara keseluruhan kenaikan harga diesel dan langkah menyasarkan subsidi ini adalah sesuatu yang kita boleh terima dan cara pelaksanaan itu juga adalah cara yang boleh diterima,” katanya.

Sementara itu, beliau mengingatkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk bekerja lebih keras bagi memantau kenaikan harga barang agar tidak melampau sekali gus membebankan rakyat.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat