Anwar sendiri canang Malaysia negara korup, punca pelabur tak yakin – Wan Saiful

- Advertisement -

LKUALA LUMPUR- Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan mendakwa kedudukan Malaysia jatuh tujuh anak tangga kepada ke-34 dalam Kedudukan Daya Saing Dunia IMD 2024, menunjukkan bukti Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pandai dan gagal tadbir negara.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu itu berkata, jelas kejatuhan ranking ini berlaku di zaman pemerintahan PH-BN yang dipimpin Anwar bersama parti-parti dalam kerajaan yang tidak kompeten.

“Ini membuktikan Malaysia semakin hilang daya saing. Tidak kompetennya Anwar dalam mentadbir ekonomi negara menyebabkan perkara ini berlaku.

“Hala tuju negara, tak tahu ke mana. Kita perlu persalahkan Anwar dalam hal ini. Anwar sebagai Perdana Menteri selalu berjalan ke sana ke sini memberitahu negara yang dia pimpin adalah negara yang korup.

“Kalau Perdana Menteri sendiri mengatakan negara sendiri adalah buruk, bagaimana pelabur-pelabur asing nak yakin kebolehan dan kemampuan negara kita? tegas Wan Saiful.

Bagi Wan Saiful, ini satu bukti kegagalan.

“Jangkaan saya, Anwar akan kata dia tak kisah di mana perangai tak kisah ini akan dijadikan alasan.

“Kita ada kepimpinan yang tidak kompeten dan tidak kisah kedudukan negara akibat daripada tidak kompeten mereka ini,” bidas beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat