KUALA LUMPUR- Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Shahril Mokhtar telah memutuskan untuk meletakkan jawatannya dalam badan sukan tersebut serta-merta.
Menerusi perkongsian oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, Shahril telah pun menghantar surat peletakan jawatannya hari ini.
Beliau yang juga Timbalas Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor FC merangkap Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Selangor FC telah membuat keputusannya serta-merta.
Shahril merupakan individu yang tidak asing dalam tampuk kepimpinan FAM setelah memegang peranan dalam Naib Presiden FAM bagi penggal 2021-2025 bagi menggantikan pengurus pasukan B-23 terdahulu, Datuk Posa Majais.
Beliau juga sebelum ini terlibat secara langsung terutamanya dalam membela nasib pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim yang diserang asid bulan lalu.
Punca kepada peletakan jawatannya masih belum diketahui secara rasmi ketika ini.
Selangor menerusi satu kenyataan rasmi oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangormenzahirkan kekecewaan terhadap keputusan yang dikeluarkan oleh MFL terhadap The Red Giants.