Penempatan pelarian Myanmar di Bukit Malut perlu bantuan Putrajaya – Dr Mahathir

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad memberitahu pemyelesaian kepada penempatan haram pelarian Myanmar di Bukit Malut hanya akan dapat dilunaskan dengan bantuan kerajaan Persekutuan.

Kata bekas Perdana Menteri itu beliau ikuti dengan teliti perkembangan berkenaan situasi penempatan di Bukit Malut, Langkawi.

“Isu ini sudah berlarutan agak lama, juga semasa saya menjadi Perdana Menteri.

“Penyelesaian isu ini memerlukan tindakan pro-aktif Kerajaan Persekutuan. Ini kerana sebahagian besar masalah yang perlu diselesaikan melibatkan agensi-agensi Kerajaan Persekutuan,” katanya.

Dr Mahathir menjelaskan, pembangunan penempatan untuk menampung jumlah penduduk yang akan dipindahkan akan melibat peruntukan yang besar.

“ Ini hanya boleh didapati dengan bantuan kewangan Kerajaan Persekutuan.

“ Kerajaan Negeri Kedah tidak mungkin mampu untuk sediakan peruntukan yang sebegitu besar untuk bangunkan penempatan baru, tetapi perlu memain peranan untuk selesaikan perkara-perkara berkaitan yang melibatkan kuasa negeri.

Utusan Malaysia melaporkan kebal sehinggakan sampai hari ini belum ada tindakan diambil terhadap penempatan haram warga Myanmar yang makin membarah di Bukit Malut.

Lebih 10,000 warganegara Myanmar yang mendiami Bukit Malut masih berterusan menceroboh tanah kerajaan negeri yang jelas mencemar imej pulau peranginan itu.

Pada masa sekarang dianggarkan kira-kira 2,500 buah rumah didirikan secara haram di penempatan yang semakin sinonim dengan gelaran ‘Little Myanmar’ itu, mengancam ekologi alam sekitar khususnya kawasan paya bakau di pesisir pantai pulau tersebut.

Mereka meneroka kawasan hutan paya bakau dengan membina rumah sesuka hati walaupun terdapat beberapa papan tanda amaran dipasang melarang sebarang aktiviti pencerobohan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat