Ceroboh Tanah Pusaka, Orang Asli Kg Kelaik Saman Kerajaan Kelanta

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tiga lelaki yang mewakili penduduk perkampungan Orang Asli Kg Kelaik di Gua Musang, memfailkan saman terhadap 14 entiti termasuk kerajaan negeri Kelantan atas dakwaan melakukan pencerobohan tanah pusaka milik mereka bagi menjalankan aktiviti perlombongan, pembalakan dan perladangan.

Saman itu difailkan oleh Ahak Uda; 54, Aziz Angah; 33, dan Anjang Uda; 30, selaku plaintif, menerusi Tetuan Raj & Sach menerusi e-filing, di Mahkamah Tinggi Kota Bharu, Kelantan hari ini.

Pihak media memperoleh dokumen itu hari ini daripada peguam Sachpreetraj Singh Sohanpal, yang mewakili ketiga-tiga plaintif semasa sidang media di Kompleks Mahkamah Tinggi di sini.

Ketiga-tiga plaintif itu menamakan Syarikat Perlombongan Gua Musang Sdn Bhd; Redstar Capital Sdn Bhd; Aqua Orion Sdn Bhd; Damai Corporate Services Sdn Bhd; Sindiyan Sdn Bhd dan Sindiyan Agro Park Sdn Bhd sebagai defenden pertama hingga keenam.

Selain itu, Ladang Kelantan Sdn Bhd; Ikrar Bumi Sdn Bhd; Ladang Ulu Nenggiri Sdn Bhd; Iliasco Engineering & Construction Sdn Bhd; Pejabat Tanah dan Galian Negeri Kelantan, Pejabat Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan, Jabatan Kemajuan Orang Asli dan kerajaan negeri Kelantan turut dinamakan sebagai defendan ketujuh hingga ke-14.

Dalam penyataan tuntutan, kesemua plaintif mendakwa kesemua defendan telah menceroboh tanah pusaka milik mereka dengan menjalankan kegiatan perlombongan, pembalakan dan perladangan kelapa sawit serta ladang getah yang menyebabkan kehidupan harian penduduk di kawasan itu terjejas.

Akibat daripada aktiviti yang dijalankan oleh kesemua defendan telah menyebabkan kerosakan teruk terhadap tanaman Orang Asli Kg Kelaik oleh trak dan kenderaan besar yang dimiliki atau diuruskan oleh defendan yang telah memasuki tanah pusaka mereka selain mendakwa pencemaran sungai berlaku mengakibatkan kehilangan sumber air utama penduduk di kawasan terbabit.

Oleh itu, plaintif menuntut deklarasi bahawa Orang Asli Kg Kelaik adalah pemegang hak milik adat tanah nenek moyang selain menuntut deklarasi bahawa pengeluaran lesen atau kebenaran kepada defendan pertama sehingga ke-10 adalah bertentangan dengan undang-undang dan ia tidak sah serta terbatal.

Plaintif juga memohon kepada mahkamah agar mengeluarkan perintah bahawa tindakan defendan pertama sehingga ke-10 yang memasuki tanah nenek moyang mereka sebagai suatu pencerobohan dan memohon injunksi bagi menghalang defendan pertama hingga ke-10 daripada menjalankan aktiviti pembalakan, apa-apa aktiviti komersial untuk keuntungan di atas tanah pusaka itu.

Turut dipohon ganti rugi am, teruk dan teladan, kos, faedah dan relif lain yang sesuai oleh mahkamah.

– BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat