Perikatan Nasional Pahang Rasmi Ditubuh 26 Mac Ini – Saifuddin

- Advertisement -

KUANTAN: Perikatan Nasional (PN) Negeri Pahang akan ditubuhkan pada 26 Mac ini.

Perkara itu disahkan Pengerusi Bersatu Pahang Datuk Saifuddin Abdullah

Menurutnya, mesyuarat penubuhan akan diadakan pada tarikh tersebut melibatkan pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Pas dan juga Gerakan, negeri Pahang.

Ia ekoran beberapa pertemuan tidak rasmi yang pernah diadakan dengan kepimpinan Pas dan Gerakan negeri itu pada minggu lepas.

“Pertemuan tak rasmi diadakan minggu lalu dalam suasana mesra persahabatan dan kami bersetuju untuk membuat mesyuarat penubuhan pada 26 Mac.

“Di peringkat kawasan Parlimen yang saya sempat jumpa, sambutan begitu baik.

“Pertemuan diadakan dalam penuh kemesraan dan masing-masing sedia bekerjasama dalam satu gabungan yang baru bagi menghadapi pilihan raya akan datang,” jelasnya.

Saifuddin berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Malaysia Prihatin di sini semalam.

Ditanya mengenai hubungan antara Pas dan UMNO di dalam Muafakat Nasional (MN) pula, Saifuddin berkata Bersatu faham situasi tersebut dan menghormatinya sebagai hak parti masing-masing.

Katanya, ketika perjumpaan antara kepimpinan Bersatu dan Pas, mereka tidak membincangkan kerjasama bersama UMNO kerana UMNO memilih untuk tidak mahu bekerjasama dengan PN.

Keutamaan Bersatu hanya mengukuhkan hubungan antara parti-parti yang berada di dalam PN dan apa yang kelak akan berlaku adalah di luar kawalan pihaknya.

“Yang utama bagi Bersatu di negeri Pahang, dan saya percaya di seluruh negara, ialah kita hendak mengukuhkan hubungan dengan Pas dan Gerakan dan parti-parti lain yang sudah pun berada dalam PN. Itu tumpuan kita buat masa ini.

“Apa yang akan berlaku pada masa hadapan itu bergantung kepada keadaan, kerana ada keputusan dibuat di luar daripada kawalan kami, maknanya bukan kami yang buat keputusan tersebut,” tambah Saifuddin.

– Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat