PM, KSN Dan Semua Agensi Mesyuarat Banjir

- Advertisement -

BERA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob malam tadi telah mempengerusikan Mesyuarat Khas Penyelarasan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Pusat bersama Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Zuki Ali dan kesemua agensi yang berkaitan.

Menurut beliau mesyuarat khas itu diadakan bagi tujuan mendapatkan maklumat dan laporan terperinci mengenai keadaan banjir di beberapa negeri.

“Jam 11.30 PM malam tadi, saya telah mempengerusikan Mesyuarat Khas Penyelarasan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Pusat bersama KSN dan kesemua agensi yang berkaitan untuk mendapatkan maklumat dan laporan terperinci mengenai keadaan banjir di beberapa negeri,” katanya.

Media melaporkan, di Selangor sejumlah 211 mangsa banjir daripada 49 keluarga ditempatkan tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Johan Setia, SK Sungai Binjai dan Masjid Al Falah Kampung Budiman setakat jam 10 malam tadi.

Manakala, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan notis kesiapsiagaan kemungkinan banjir di Terengganu dan Pahang sekiranya hujan yang signifikan terus berlaku di lembangan Sungai Besut dan Sungai Rompin.

JPS, dalam kenyataan dikeluarkan setakat 11 malam tadi, memaklumkan ia berdasarkan hasil simulasi model ramalan banjir jabatan itu susulan Amaran Hujan Berterusan (Buruk) oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada jam 2.10 petang Khamis.

Menurut JPS, terdapat risiko berlakunya banjir mulai jam1 pagi Jumaat di kawasan sekitar Sekolah Kebangsaan Seri Payung di daerah Besut, Terengganu dan jam 5 petang di kawasan sekitar Kampung Buluh Nipis di daerah Rompin, Pahang.

Terdahulu, notis sama turut dikeluarkan melibatkan daerah Besut di Kampung La, Kampung Seberang La, Kampung Pengkalan Nangka dan Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bukit Puteri, manakala daerah Setiu di Kampung Nyatoh dan Kampung Che Mohid, yang dijangka mengalami banjir pada jam 5 pagi Jumaat.

Ramalan sama turut dijangka berlaku pada jam 7 pagi Jumaat di daerah Rompin, Pahang melibatkan Sungai Anak Endau di Rumah Pam Setajam.

Kelantan pula melibatkan daerah Pasir Mas di Kampung Kubang Rambutan, Kampung Bagus, Kampung Degung dan Kampung Telaga Mas. yang dijangka berlaku banjir pada jam 2 petang Jumaat.

Jabatan itu memaklumkan notis kesiapsiagaan itu dikeluarkan bagi membolehkan semua penduduk terutamanya di kawasan yang berisiko untuk berwaspada dengan sebarang kemungkinan berlakunya banjir kilat bagi tempoh tersebut.
“Sila patuhi arahan pihak berkuasa atau agensi-agensi pengurusan bencana banjir,” demikian menurut JPS.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat