KDNK Meningkat Bukti Kerajaan Tak Gagal – PM

- Advertisement -

BERA – Tuduhan-tuduhan pembangkang berkenaan kerajaan gagal ternyata meleset sama sekali apabila pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi suku ketiga 2022 meningkat 14.2 peratus berbanding 8.9 peratus pada suku kedua.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, prestasi suku ketiga 2022 jelas menunjukkan kejayaan.

Jelasnya, ini susulan kerajaan telah memacu pemulihan ekonomi pasca Covid-19, didorong pembukaan ekonomi selaras dengan peralihan ke fasa pandemik, memberangsangkan penggunaan swasta (private consumption) dan pasaran buruh

“Selain itu katanya, kadar pengangguran terus menurun yakni bulan September 2022 3.6 peratus berbanding bulan Ogos 2021 sebanyak 4.6 peratus sejak saya dilantik sebagai Perdana Menteri.

“Keyakinan pengguna ditunjukkan dengan jualan perdagangan borong dan runcit mencapai RM134 bilion untuk bulan September 2022 iaitu peningkatan 23.9 peratus berbanding September 2021 ( RM108.1 bilion ),” katanya ketika sidang media di program Moh Ngeteh Santai Orang Kita di Kampung Bongkok pada Jumaat.

Dalam pada itu, Ismail Sabri juga mengumumkan, sektor perniagaan semakin kukuh dengan jualan sektor pembuatan bulan September 2022 sebanyak RM161.7 bilion iaitu peningkatan 19.5 peratusnberbanding September 2021 terutamanya sektor E&E 24.7 peratus dan produk petroleum, kimia, getah dan plastik 27.2 peratus.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat