Festival dan konsert 60an berlansung meriah

- Advertisement -

Festival dan konsert 60an yang telah berlansung di Warisan Hall, sijangkang pada 7 dan 8 Oktober lalu berlangsung dengan cukup meriah, lebih dari 2000 peminat 60an hadir selama 2 hari festival itu berlansung dan memeriahkan lagi lokasi festival tersebut.

Festival tersebut telah mengembalikan nostalgia kepada semua peminat yang hadir dengan berkumandangnya lagu lagu bergenre 60an sepanjang ianya berlansung seolah olah kita kembali ke fiesta muda mudi dizaman 60an.

Tiket yang hanya berharga RM25 membuatkan kehadiran peminat 60an diluar dari jangkaan, bukan sekadar peminat tempatan yang hadir, malah peminat dari Brunai dan Singapura turut hadir memeriahkan acara yang berlangsung selama 2 malam berturut-turut. Festival yang julung kali di adakan di kawasan perkampungan tersebut secara tidak langsung menjana ekonomi penduduk setempat.

Lebih mengujakan apabila panganjur menerima puluhan penyertaan daripada kumpulan gitar rancak untuk tampil membuat persembahan di ruang terbuka yang disediakan.  Inilah ‘mania’ dan penangan irama 60an yang telah bertapak dalam industri muzik tempatan sejak dahulu.

Menurut Pengarah Urusan Warisan Sound, Mohd Khair Ghazali, Festival dan Konsert 60-an @Warisan Hall merupakan acara yang julung kali di adakan di tempatnya malah dia berasa cukup terkejut dengan sambutan yang diberikan.

“Saya tidak menyangka ianya akan mendapat sambutan yang di luar jangkaan, apatah lagi ianya turut berjaya menarik peminat dari Singapura dan Brunei”, ujarnya

Dia juga turut menjelaskan bahawa ‘live streaming’ yang dijadualkan berlangsung pada malam tersebut terpaksa ditunda kerana terdapat masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan.

“Kami meminta mmaf kerana tidak dapat membuat live streaming, InshaAllah kami akan maklumkan tarikh baru dan apa yang pasti qualiti dan mutu audio yang di persembahkan akan dipertingkatkan demi kepuasan semua”, jelasnya.

Klimaks kepada festival semestinya adalah pada konsert yang menggabungkan artis-artis 60an.  Persembahan dibahagikan kepada 3 sesi dimana terdapat 3 band pengiring yang mengiringi persembahan artis.

Lagu ‘kenanganku’ dendangan Datuk Jeffrydin telah dipilih sebagai ‘opening’, dimana Somestimes Group telah bertindak sebagai band pengiring.  Band pimpinan ayahanda Rani turut mempersembahkan beberapa buah lagu antaranya ialah Dunia (medley), Berseloka dan Tutup Pintu Tapi Tak Berkunci. Penonton kemudiannya dihiburkan dengan persembahan Damia dan Shahadad masing-masing mendendangkan lagu Ada Ubi Ada Batas, Kenangan Mengusik Jiwa, Yale Yale dan Hati Muda.

Malaya Boys kemudiannya tampil dengan lagu Senandung Teruna Merantau, menanti Saat Kau Tiba, Dugaan Kasih dan Berubah Hati.  Wak Mustar tampil dengan lagu Nasibku dan Ku Pergi Dulu manakala Ahmad Yasin hadir dengan lagu Mabuk kepayang dan Kesepian.

Malam semakin sejuk namun kehangatan festival dan Konsert 60an semakin membahang, kini tibalah giliran The Majlis yang membawakan instrumental daripada The Shadow.  S. Mariam kemudian terus membawa khalayak dengan 2 buah lagu yang melonjakkan namanya iaitu Temasya dan Gerhana.  Tidak Ketinggalan A Rahman On pula membuai jiwa dengan Cincin Emas dan Aku Nak Pulang. J. Sham sudah pasti dengan Suratku Untukmu dan Mencari Sinar Bahagia.

Kugiran The Zurah juga tidak kurang hebatnya, mengulik kenangan dengan lagu Suzana dan Masam-Masam Manis dan Bersyukur. Manakala M. Hafiz hadir dengan Keindahan Pantai dan Zuraini. Datuk Jeffrydin seakan ‘nyawa’ kepada irama 60an.  Beliau turut mempersembahkan lagu Termenung dan Seruling Anak Gembala.

Masa terus berlalu, 3 jam persembahan berlangsung bagaikan tidak terasa.  Cukup mengamit nostalgia apatah lagi hadirnya insan-insan yang menghidupkan irama 60an itu sendiri.  Tirai kemudiannya dilabuhkan dengan nyanyian beramai-ramai lagu La O Be nyanyian asal Kassim Selamat & The Swallows

Untuk rekod, kali terakhir konsert kugiran 60an Pop Yeh Yeh telah diadakan di Stadium Negara pada tahun 1985 malah wirama yang telah bertapak dan mewarnai persada muzik tempatan lebih 50 tahun itu saban hari semakin memikat pendengar serta peminat yang terdiri dari kalangan generasi muda.  Antara fakta menarik mengenai irama 60an adalah bergemanya lagu “La O Be” nyanyian Kassim Selamat  diputarkan di stesen-stesen radio di Negara Jerman ketika itu

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat