PRN Sabah: Calon PN Harap Pertembungan Satu Lawan Satu Dengan Warisan

- Advertisement -

KOTA KINABALU – Calon Perikatan Nasional (PN) Sabah berharap Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berunding masalah agihan kerusi supaya calon dapat berentap akan bertemu satu lawan satu dengan Parti Warisan Sabah.

Pendapat ini disuarakan oleh calon N.23 Petagas, Datuk Seri Dr Arsit Sedi yang menggesa kedua-dua pemimpin sekutu dalam PN itu berjaya mencari jalan keluar sebelum penamaan calon esok, 12 September.

“Masalah pertindihan kerusi BN dan PN seharusnya diuruskan dengan terbaik antara pemimpin tertinggi khususnya kedua-kedua pengerusi perhubungan negeri sama ada di peringkat UMNO ataupun Bersatu untuk menyelesaikan krisis berkenaan.

“Hal ini kerana seboleh-bolehnya jangan ada pertembungan di antara kedua-dua sekutu dalam PN. Harapan kita kalau boleh satu lawan satu dengan pihak lawan (Warisan),” katanya ketika ditemui Suara TV di Ibu Pejabat Bersatu Sabah, semalam.

Arsit yang juga calon muka baru yang dipertaruhkan oleh Bersatu yakin kelebihan bertanding di laman sendiri memberikannya bonus untuk memenangkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Petagas.

“Sebagai calon muka baru, saya telahpun bekerja begitu lama, ertinya sudah 25 tahun kita menunggu dan inilah masa kita untuk sama sama turun padang.

“Insyaallah dalam kawasan itu majoritinya adalah ahli keluarga saya, penyokong parti dan saya juga gunakan parti serta badan persekutuan untuk membantu mengukuhkan jentera dan sokongan,” ujarnya.

Sementara itu, calon muka baru yang merebut DUN N.49 Labuk, Samad Jamri pula akan berjuang untuk masyarakat setempat bagi menaik taraf pembangunan kawasannya yang terletak dalam Parlimen Beluran itu.

“Pertamanya saya ucapkan jutaan terima kasih kepada pimpinan PN yang memberikan mandat kepada calon baru seperti saya untuk tanding dalam PRN sabah pada kali ini.Mandat ini dibuka untuk memastikan rakyat membuat pilihan bagi membentuk semula kerajaan baru Sabah.

“Di kawasan saya bertanding ini merupakan kawasan luar bandar dan semestinya isu isu pembangunan masih diperlukan oleh masyarakat di kawsaan khususnya di DUN Labuk ini.

“Labuk perlukan sentuhan yang lebih agresif daripada kerajaan Persekutuan khususnya melalui kerajaan PN Sabah,” kata Samad.
Dalam pengumuman semalam, BN menamakan 31 calon manakala PN menyenaraikan 29 nama, DUN Sabah memiliki 73 kerusi untuk dipertandingkan.

Hari penamaan calon 12 September ini akan memuktamadkan calon parti yang bakal bertanding menjadi wakil kepada suara rakyat Sabah manakala 26 September ini hari mengundi PRN Sabah.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat