Tolong bagi video apek itu kepada Menteri Perpaduan, tak mungkin tak sedar kalau suruh ambil gambar – Akmal

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Umno Datuk Dr Akmal Saleh tidak berpuas hati dengan kenyataan Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang berkata, pihak terlibat insiden Jalur Gemilang digantung terbalik dipercayai tidak berniat jahat dan tindakan itu berkemungkinan besar dilakukan tanpa disedari.

“Tolong bagi video apek tu pada menteri ni

“Macam mana nak dikatakan tindakan itu tanpa disedari jika siap kibarkan bendera yang terbalik dan minta orang rekod/ambil gambar tindakan tu. Maksudnya orang yang buat tu memang sedarlah apa yang dilakukan.

“Betullah orang cakap,kadang-kadang pak menteri ni pun memang bukan bijak rupanya, kesian,” selar Akmal.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, “saya rasa ini kejadian kecil. Kita perlu lihat puncanya. Orang yang menggantung bendera itu mungkin tidak faham tentang kedudukan yang betul. Takkan mereka sengaja nak buat macam tu.

“Salah tetap salah. Jalur Gemilang perlu dihormati, tapi kita juga perlu mendidik, bukan terus menghukum,” katanya seperti dilapor akhbar, Kosmo! pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Minggu Harmoni Mesra 2025 di UCSI Universiti, pada Isnin.

Aaron turut menzahirkan rasa kesal dengan insiden tersebut dan menegaskan bahawa Jalur Gemilang adalah simbol kedaulatan negara yang perlu dijaga dengan penuh hormat.

“Bila perkara seperti ini berlaku, ia boleh mengganggu sensitiviti rakyat pelbagai kaum. Kita jangan cepat melatah, beri peluang untuk mereka faham dahulu,” katanya.

Beliau juga mengingatkan semua pihak agar tidak mempolitikkan isu tersebut atau menjadikannya punca ketegangan antara masyarakat.

“Saya tahu ramai yang marah dan rasa terganggu, tetapi jangan jadikan isu ini untuk mencetuskan pergaduhan. Jalur Gemilang lambang penyatuan, bukan perpecahan,” ujarnya.

Jelasnya, insiden berkenaan wajar menjadi peringatan kepada semua pihak supaya lebih teliti dan memahami makna sebenar bendera kebangsaan.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat