Siri Samsung Galaxy Z Fold4, Flip4 diperkenalkan

- Advertisement -

Samsung sekali lagi menjadi peneraju dalam rekaan skrin boleh lipat dan kali ini, syarikat gergasi elektronik berkenaan memperkenalkan variasi peranti kelas premium mereka yang terbaharu iaitu Galaxy Z Fold4 dan Galaxy Z Flip4.

Kedua-dua peranti premium berkenaan dikuasakan dengan cip pemproses daripada Qualcomm Snapdragon 8+ Gen 1 sekali gus memberikan kuasa prestasi paling optimum dalam kelasnya.

Menyentuh spesifikasi Samsung Galaxy Z Fold4, peranti ini menggunakan skrin berkeluasan 7.6 inci daripada panel Flex Dynamic OLED 2X dengan tetapan resolusi QXGA+.

Resolusi skrin ini adalah 2,176 x 1,812 serta menyokong kadar segar semula adaptif 120Hz untuk pengalaman penggunaan lebih lancar dan licin bagi pengguna.

Tetapan skrin luar pula menggunakan saiz 6.2 inci Dynamic OLED 2X dengan resolusi HD+ 2,316 x 904 dengan sokongan kadar segar semula 48 hingga 120Hz.

Peranti ini menggunakan tetapan memori (RAM) 12GB bersama-sama dengan sokongan pengecasan pantas 25W.

Bagi tetapan kamera pula, Galaxy Z Fold4 ini didatangkan dengan tetapan tiga kamera berkeupayaan 12 Megapiksel (MP), 50MP dan 10MP bersama-sama sensor OIS, pembesaran optikal tiga kali dan ‘Space Zoom’ 30 kali.

Peranti ini masih menyokong penggunaan pen pintar (stylus) S-Pen Fold Edition yang boleh disimpan dalam ruang penyimpanan khas.

 

 

Bagi Galaxy Z Flip4 pula, ia masih menggunakan cip yang sama dengan Fold4 bersama tetapan RAM 8GB dengan pilihan storan 128GB, 256GB dan 512GB.

Skrin peranti ini masih sama seperti Galaxy Z Fold4 dan bersaiz 6.7 inci untuk bukaan penuh manakala skrin luar adalah 1.9 inci.

Kamera untuk peranti premium ni adalah tetapan dua lensa iaitu 12MP+12MP manakala lensa swafoto adalah 10MP.

Tanda harga untuk Galaxy Z Fold4 bermula RM6,799 manakala untuk Galaxy Z Flip4 bermula RM4099.

Pra tempahan boleh dibuat bermula 10 Ogos hingga 1 September dan pengguna akan menerim baucar bernilai RM450, kerangka pelindung Flap Leather serta perlindungan Samsung Care+ untuk satu tahun.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat