Penghantar P-Hailing Tak Kena GDL

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Lesen Vokasional Good Driving Licence (GDL) tidak akan dikenakan kepada penunggang (rider) penghantar P-Hailing.

Dalam sesi dialog antara Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong bersama Pemuda UMNO termasuk Setiausaha Politik Perdana Menteri dan wakil Persatuan Penghantar P-Hailing Malaysia (PENGHANTAR) telah mencapai beberapa kata sepakat tentang penambahbaikan perkhidmatan itu.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Ambik Wajdi Dusuki berkongsi butiran persetujuan rundingan itu ialah GDL tidak dikenakan kepada rider, malah Wee Ka Siong menjelaskan salah faham yang berlaku akibat kesilapan pelaporan media.

“Selain itu, satu mekanisme pendaftaran vokasional baharu yang tidak akan membebankan penghantar akan diperkenalkan.

“Ini termasuk memberikan moratorium atau caj yang paling minima dan nominal. Rekod ini penting bagi memastikan kerajaan punya mekanisme untuk menyalurkan apa jua bantuan secara efektif dan melakukan kawal selia aspek kebajikan penghantar,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Juga diputuskan, wakil Persatuan PENGHANTAR Malaysia akan dilibatkan dalam sebarang Task Force atau libat urus Kementerian Pengangkutan yang melibatkan pindaan akta-akta berkaitan menyentuh hak, kebajikan dan kepentingan rider penghantar.

“Kementerian Pengangkutan juga bersetuju untuk mengambil kira Pelan Penambahbaikan Eko-Sistem Ekonomi GIG P-Hailing yang dibangunkan bersama oleh Pemuda UMNO, PENGHANTAR dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC).

“Antara lain cadangan termasuk; penetapan harga lantai kadar upah bayaran perkhidmatan pengambilan dan penghantaran pesanan; menggesa syarikat-syarikat Penyedia (Grab, Foodpanda, Lalamove dan lain-lain) menambah baik Sistem Peta Digital di Aplikasi Syarikat Penyedia supaya jarak perjalanan adalag selaras dengan sistem peta aplikasi di Google atau Waze.

“Meningkatkan Pelan Keselamatan operasi Rakan Penghantar P-Hailing seperti muatan barangan yang dibawa, tempoh masa yang ditetapkan dalam penghantaran makanan dan barangan,” katanya.

Juga mereka turut menggesa syarikat penyedia memberi perlindungan kemalangan dan telus dalam terma dan syarat tuntutan.

Selain itu ujar Asyraf lagi, mewajibkan semua rider penghantar mendaftar dengan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) PERKESO dengan Kerajaan memberi insentif sebanyak 80 peratus.

“Akhir sekali Menteri juga menyokong dengan Resolusi utama Persidangan Meja Bulat yang dianjurkan Pemuda UMNO Malaysia dengan wakil-wakil Penghantar seluruh Malaysia pada 20 September 2021.

“Antara tiga Resolusi utama ialah mencadangkan status individu yang terlibat di dalam industri e-hailing dan p-hailing diiktiraf sebagai pekerja dan dilindungi oleh Akta Kerja 1955 dan akta-akta berkaitan.

“Mewujudkan sebuah badan kawal selia yang mengkaji keperluan peraturan-peraturan (regulations) yang lebih adil dan realistik untuk penyedia perkhidmatan dan penghantar bagi menjamin kebajikan, keselamatan dan hak semua.

“Memastikan kaedah terbaik untuk penyedia perkhidmatan menyediakan perlindungan sosial (KWSP & PERKESO) buat penghantar-penghantar di Malaysia,” katanya.

Asyraf juga memberitahu, Menteri Pengangkutan turut memberi jaminan moratarium diberikan untuk pendaftaran kali pertama kelak.

“Tapi kalau lepas tu jika kena bayar sekalipun, Menteri bagi jaminan bahawa nilainya hanya nominal berbentuk token dalam RM1 atau RM2 sahaja,” ujarnya.

Pemuda UMNO melalui Sekretariat Pekerja Muda yang dipengerusikan Fairuz Jamaludin Ledang akan terus memantau segala yang dipersetujui demi memastikan hak, kebajikan dan keselamatan anak-anak muda yang terlibat dalam industri P-Hailing dan E-Hailing ini sentiasa terbela dan terpelihara.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat