PRU-15: Nizar Bakal Bertanding Di Parlimen Pekan?

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ura-ura mengatakan anak sulung bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nizar Najib akan bertan­ding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang bahangnya semakin dirasai ketika ini.

Difahamkan, Mohd. Nizar yang merupakan anak Najib dengan bekas isteri, Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar akan bertanding dalam kawasan Parlimen Pekan bagi meneruskan legasi Allahyarham Tun Razak di situ.

Cumanya, kawasan mana yang bakal ditandingi Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pekan itu difahamkan belum lagi diputuskan setakat ini.

Parlimen Pekan mempunyai empat Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Pulau Manis, Peramu Jaya, Bebar dan Chini yang kesemuanya dimenangi calon Barisan Nasional (BN) pada PRU­14 lalu.

Ketika ini, Mohd. Nizar, 44, nama yang disebut cukup sesuai bagi menggantikan bapanya jika Ahli Parlimen Pekan itu tidak layak bertanding pada PRU15.

Dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Chini pada 4 Julai 2020, Mohd. Nizar antara nama yang disebut-sebut bertanding di situ sebelum Mohd. Sharim Md. Zain dipilih mewakili BN) di situ.

Politik Malaysia sememang­nya dikenali dengan kumpulan elit politik yang meraih kuasa, pengaruh dan kedudukan menerusi legasi keluarga.

Jika mengimbau susur galur karier politik Najib yang merupakan anak kepada Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, beliau sendiri menjadi wakil rakyat di Pekan dengan menggantikan Allahyarham bapanya.

Ketika usianya 23 tahun, Najib bergelar orang politik selepas kematian bapanya pada 14 Ja­nuari 1976 akibat penyakit leukemia sewaktu mendapat rawatan di London, United Kingdom.

Untuk mengekalkan legasi Tun Abdul Razak, Mohd. Nizar dilihat calon terbaik meman­dang­kan pengaruh bapanya ma­sih mampu memberikan impak cukup besar di Pekan.

Umum mengetahui kerusi Parlimen Pekan adalah legasi Tun Abdul Razak dan sekiranya Mohd. Nizar dipilih sebagai calon ia sekali gus meneruskan legasi berkenaan.

Berbekalkan pengalaman Mohd. Nizar dalam UMNO bahagian Pekan, pastinya tidak ada masalah untuk anak sulung daripada lima adik beradik itu bergelar wakil rakyat.

Pada PRU14 lalu, Najib menang dengan majoriti 24,859 undi apabila memperoleh 43,854 undi dalam pertandi­ngan empat penjuru di kerusi Par­limen Pekan.

-ARTIKEL asal Utusan Online

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat