Wan Rosdy Ziarah Makam Pahlawan Mat Kilau

- Advertisement -

JERANTUT: Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail menziarahi Makam Pahlawan Mat Kilau, di Kampung Kedondong, Pulau Tawar, Jerantut.

Menerusi catatan Facebook Wan Rosdy, ianya sebagai mengenang jasanya dan mengangkat kembali perjuangan Allahyarham Mat Kilau.

“Petang tadi saya berkesempatan menziarahi Makam Pahlawan Mat Kilau di Kampung Kedondong, Pulau Tawar, Jerantut.

”Mat Kilau yang mempunyai pengetahuan luas dalam bidang agama merupakan pahlawan Melayu terbilang kerana telah berjuang menentang penjajah Inggeris di negeri Pahang sekitar tahun 1880-an.

”Sebagai mengenang jasanya dan mengangkat kembali perjuangannya, pada Julai baru-baru ini Mat Kilau telah dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah di peringkat negeri Pahang.” Kata Wan Rosdy.

Turut sama menziarahi Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Pahang, Dato’ Sri Syed Ibrahim bin Syed Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal FELDA, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Pahang, Dato’ Haji Nazri bin Ngah yang juga Adun Pulau Tawar.

Ujar Wan Rosdy lagi, sebenarnya banyak nilai dan teladan beliau yang kita boleh jadikan panduan dalam kehidupan seharian kita seperti kekentalan semangat perjuangan dan perasaan cintakan tanah air yang mendalam; ini bertepatan pula dengan sambutan kemerdekaan pada bulan ini.

”Saya mendoakan semua roh para pejuang tanah air kita dirahmatiNya ; dan semoga tanah air kita tidak pernah kering daripada melahirkan pejuang-pejuang tanah air yang bersemangat waja. Mungkin bentuk perjuangan berbeza, tapi semangat yang kental tetap sama, insya Allah.” Katanya lagi.

Baru-baru ini, Kerajaan Negeri Pahang menobatkan Pahlawan Melayu Mat Kilau sebagai Tokoh Maal Hijrah 2022.

Anugerah itu disampaikan Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatudin Al-Mustafa Billah Shah kepada cucu pahlawan Melayu itu, Mohd. Alhamadi Abu Bakar.

Pahlawan Mat Kilau dinobat sebagai Tokoh Maal Hijrah Negeri Pahang kerana ilmu agama yang tinggi dan mahir dalam ilmu persilatan serta berkemahiran hidup dalam hutan. -SUARATV

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat