WHO Ulangi Saranan Solidariti Lawan Covid-19

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengulangi saranan supaya komuniti dunia menunjukkan solidariti dalam memerangi koronavirus.

Ia susulan peningkatan jangkitan COVID-19 sepanjang tempoh enam minggu kebelakangan ini.

Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata hingga Sabtu, 12 juta kes positif direkodkan di seluruh dunia.

“Hari ini dunia merekodkan 12 juta kes. Dalam tempoh enam minggu lepas, kes jangkitan meningkat berganda.

“Bagi mereka yang tidak mempunyai akses kepada perkhidmatan kesihatan yang berkualiti, COVID-19 turut mengancam kehidupan.

“Penyakit lain seperti demam campak, polio dan malaria akan merebak sekiranya imunisasi terhenti dan rangkaian bekalan bekalan perubatan terganggu.

“WHO akan meneruskan usaha kerjasama dengan rakan strategik bagi memastikan mereka yang paling terjejas mendapat keutamaan,” katanya.

Dr Tedros turut menarik perhatian kepada kes di Itali dan Korea Selatan.

Jelasnya, terdapat contoh bahawa negara yang pernah mencatat jangkitan tinggi berjaya mengawal semula penularan virus.

Advertisment

Topik Hangat

Adham Minta Rakyat Terus Bersolidariti Tentang Covid-19

PUTRAJAYA – Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang dilaksanakan sejak 1 Jun lalu menunjukkan kaedah tersebut “mendatangkan hasil” apabila kadar kebolehjangkitan Covid-19 (Rt)...

Anwar Hantar Akuan Bersumpah Lagi?

CYBERJAYA - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan menyerahkan 114 Akuan Bersumpah (SD) ahli-ahli Parlimen yang menyokong beliau menjadi Perdana Menteri ketika bertemu...

DAP usul kerajaan gagal, serah kebijaksanaan Agong menilai

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng membangkitkan usul kerajaan gagal menangani Covid-19 kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah...

Berita Berkaitan

12 Maut, 37 Cedera Dalam Insiden Letupan Saluran Gas Di China

HUBEI: Sekurang-kurangnya 12 terbunuh dan 37 lagi cedera parah dalam insiden letupan saluran gas di kawasan perumahan di tengah China. Menurut laporan portal CCTV, letupan itu berlaku...

Keputusan Lanjutan Sekatan Di UK Diumum Esok

CARBIS BAY: Perdana Menteri United Kingdom (UK), Boris Johnson memaklumkan keputusan sama ada tempoh sekatan di seluruh England dilanjutkan atau sebaliknya akan diumum esok. Malah...

Vaksin Covid-19: China Luluskan Vaksin Sinopharm, Sinovac Untuk Kanak-Kanak

BEIJING: Puluhan juta kanak-kanak di China akan diberikan suntikan vaksin selari dengan sasarannya untuk memvaksinasi 80 peratus populasinya menjelang akhir tahun ini. Perkara tersebut disahkan...