Mahathir Gembira Najib Ucap Selamat Hari Lahir

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini meluahkan rasa gembira apabila bekas Perdana Menteri Ke-6, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak serta orang ramai mengucapkan selamat hari lahir ke-95 kepadanya.

Memetik laporan FMT, bekas Perdana Menteri Ke-7 (PM7) itu turut mengucapkan terima kasih kepada Najib Razak dan orang ramai atas ucapan berkenaan.

“Saya nampak Najib pun ada menulis (ucapan selamat hari lahir dan doa) dan saya ingin ucap terima kasih kepada beliau dan terima kasih semua yang mendoakan saya.

“Doa anda semua amat penting kerana saya gembira masih diingati oleh begitu ramai orang,” kata Dr Mahathir.

Terdahulu, dalam catatan di Facebook dan Twitternya pagi hari ini, Najib mengucapkan selamat hari lahir dan memanjatkan doa kepada bekas PM7 yang memusuhinya sejak 2015

“Selamat hari lahir ke-95, Tuan.

“Semoga Tun Dr Mahathir dilimpahkan rahmat, ketenangan, kesihatan dan dilanjutkan usia,” kata Najib.

Sementara itu, tinjauan SuaraTV di ruangan komen Facebook Najib turut menyaksikan ramai netizen menyambut baik sikap Najib yang berjiwa besar kerana mendoakan kebaikan kepada Mahathir.

“#Bossku memang Gentleman . Susah nak cari pemimpin seperti #Bossku,” kata Huan Cheng Guan.

“Inilah jiwa seorang pemimpin yang patut kita contohi, walaupun musuh tetap menyerang tanpa henti tetapi jiwanya sangat besar dan sentiasa berdoa kebaikan untuk musuhnya,” ujar seorang lagi netizen,” Hanif Popiy.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat